• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Klinik 1 Malaysia Jadi Tumpuan Orang Ramai

oleh Ahmad Albab
03/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sejak dilancarkan pada Januari 2010, Klinik 1 Malaysia (K1M) menjadi tumpuan orang ramai mendapatkan rawatan bagi sakit-sakit ringan seperti demam, batuk, selesema dan penyakit-penyakit ringan yang lain.

Asas utama penubuhan K1M sejak lapan tahun lalu adalah untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat di kawasan setempat tanpa perlu ke klinik kesihatan atau hospital yang terletak jauh dari tempat tinggal mereka.

Tinjauan Bernama di K1M sekitar Kuala Lumpur mendapati klinik berkenaan sentiasa dikunjungi masyarakat pelbagai kaum untuk mendapatkan rawatan yang disediakan. Rata-rata mereka yang datang berpuas hati dengan khidmat yang ditawarkan dan kebanyakannya sudah faham tentang konsep perawatan awal K1M yang khusus untuk sakit-sakit ringan.

Seorang doktor gigi klinik swasta, Tiung Li Yung, 28, berkata beliau sentiasa mendapatkan rawatan di klinik tersebut dan menyedari bahawa perkhidmatan itu adalah untuk sakit-sakit ringan, dan baginya ia bukan satu isu besar.

“Sudah banyak kali saya datang ke sini. Kemudahan perubatan agak pantas walaupun ia hanya untuk rawatan ringan tapi sangat berguna pada rakyat,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di K1M Pudu di sini, hari ini. — LAGI

Apa yang menarik tentang K1M, bayaran yang dikenakan adalah RM1 bagi warganegara Malaysia, percuma untuk warga emas dan RM15 bagi bukan warganegara.

Tambah Tiung, mungkin ada salah faham segelintir masyarakat tentang penyediaan perkhidmatan K1M dan perkara ini haruslah diberi penerangan yang sewajarnya.

“Mungkin selepas ini kerajaan kena ada pelan khusus untuk iklankan lebih banyak peranan yang dilaksanakan oleh klinik ini kerana ia hanya untuk rawatan kecemasan ringan di mana ia memberi kamu rawatan dari 10 pagi hingga 10 malam,” katanya.

Selain rawatan sakit-sakit ringan, K1M turut menyediakan rawatan susulan kes pesakit kronik yang stabil dan terkawal seperti diabetes, darah tinggi dan asma selain prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka dan membuka jahitan, membuat notifikasi bagi penyakit berjangkit seperti demam denggi, perkhidmatan ujian makmal seperti ujian air kencing, ujian HIV dan ujian tibi serta khidmat nasihat/pendidikan kesihatan.

Wujud salah faham tentang K1M kerana tiada doktor di klinik itu tetapi ia dikendalikan pembantu hospital yang berkelayakan bagi kes-kes sakit ringan.

Tular di media sosial ketika ini laporan akhbar dalam talian, Free Malaysia Today yang memetik kenyataan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempertikaikan kemampuan K1M kerana tidak mempunyai doktor.

Pekerja swasta, Rosnita Baharuddin, 41, berkata kewujudan K1M adalah untuk membantu dan memudahkan urusan rakyat dalam mendapat rawatan awal.

“Betul di klinik kesihatan harian bilangan doktor mungkin ramai dan rawatan juga banyak kerana ada ramai pakar khusus, tapi klinik kesihatan tutup 5 petang, sini sampai malam (10 malam). Kalau ingin rawatan pakar memang orang tak akan datang ke sini. Jadi rakyat ada alternatif lain yang lebih murah untuk mendapatkan rawatan yang diiktiraf. Kalau pergi klinik swasta nak dapatkan panadol pun, bayaran dia lagi mahal daripada K1M,” katanya.

Bukan hanya rakyat Malaysia, warganegara asing turut mendapatkan rawatan di K1M, yang walaupun harganya lebih mahal berbanding yang dikenakan kepada warganegara tetapi ia masih murah bagi mereka.

Buruh binaan warga Indonesia, Asmuni, 55 berkata kemudahan yang ada di K1M sangat berbaloi daripada jumlah wang yang perlu dibayar oleh beliau jika ke klinik swasta. “Untung rakyat Malaysia, dasar yang kerajaan sini gubal bukan memudahkan rakyatnya sahaja tapi kami yang datang mencari rezeki di sini juga, lumayan amat. Di sini (K1M) diberi nasihat perawatan, penjagaan makanan dan tubuh badan. Jika di kawasan saya di daerah Bauyan, Surabaya, bayaran khidmat pergigian agak mahal,” katanya.

Terdapat lebih 300 buah K1M di seluruh negara. Operasinya sentiasa dipantau oleh Jabatan Kesihatan bagi memastikan kemudahan dan bekalan ubat mencukupi. – BERNAMA

Tags: Klinik 1Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Berhak Mentadbir Malaysia Lagi Sekali

15/12/2020
0

INGAT Klinik Rakyat 1Malaysia pun dah cukup la… Itu baru satu contoh betapa Najib dahulu amat pentingkan kebajikan rakyat…. Cuma...

“Tukarlah… Kami Tetap Ingat BR1M, Klinik 1Malaysia”

20/04/2019
0

ARAU - Selepas hampir setahun memerintah, antara ‘pencapaian’ terbaik Pakatan Harapan (PH) yang selalu menjadi sindiran dan bualan orang ramai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd