• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Boleh Dicabar, BWF Tiada Bukti Kukuh

oleh AK-47
06/05/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas juara remaja dunia 2011, Zulfadli Zulkiffli mungkin sukar untuk membela dirinya selepas dijatuhi hukuman penggantungan 20 tahun kerana didapati bersalah mengatur perlawanan.

Ini kerana, pemain berusia 25 tahun itu sendiri tidak pasti beliau disabitkan dengan kesalahan mengatur perlawanan yang khusus, sebaliknya pertuduhan itu dilakukan berdasarkan kejohanan disertainya.

Bagaimanapun, peguam mewakili pemain itu, Datuk Joshua Kevin yakin kes itu boleh dicabar kerana Persekutuan Badminton Dunia (BWF) tidak mempunyai bukti kukuh menyatakan Zulfadli terlibat dengan kesalahan mengatur perlawanan, sebaliknya dituduh berdasarkan penggunaan perkataan terkandung dalam aplikasi WhatsApp sahaja.

Beliau berkata pihak pendakwaan menggunakan beberapa perkataan dipetik dalam WhatsApp yang kebetulan berlaku ketika kejohanan-kejohanan berkaitan yang disertai pemain negara, tetapi tidak berkaitan dengan kesalahan mengatur perlawanan.

“Persoalan ini ada diajukan semasa perbicaraan di Singapura, kami bertanyakan perlawanan mana satu yang khusus dia (Zulfadli) terlibat dengan kesalahan mengatur perlawanan. Kalau dilihat dalam keputusan 65 muka surat dikeluarkan, mereka tidak menjelaskan secara terperinci perlawanan yang Zulfadli terlibat mengatur perlawanan, cuma wujud beberapa perkataan maka hanya ada andaian ada berlakunya mengatur perlawanan.

“Beritahu kami secara terperinci perlawanan mana satu terlibat dengan mengatur perlawanan, supaya mudah untuk kami membuat pembelaan dan kalau dalam keadaan ini memang mustahil untuk pembelaan dilakukan,” katanya ketika ditemui selepas sidang akhbar khas, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Joshua melahirkan persoalan kepada BWF mengenai penglibatan Zulfadli dalam mengatur perlawanan, sama ada ia berlaku dalam semua kejohanan Grand Prix yang disertainya sepanjang 2013.

Katanya, jika benar dan dijadikan asas kepada pertuduhan, maka ia disifatkan sebagai satu penghinaan buat pemain yang menang dalam pertandingan itu kerana mengandaikan pemain lain tidak layak mengalahkan Zulfadli.

“Terdapat pertuduhan menyatakan Zulfadli tidak bermain bersungguh-sungguh dan atas dasar itu dikatakan mengatur perlawanan, sebagai contoh, jika Zulfadli bertemu Lin Dan, memang akan kalah kerana berdepan pemain lebih hebat daripadanya.

“Tetapi dia dikatakan tidak bermain bermati-matian, maka dituduh mengatur perlawanan. Isu utama sekarang ialah, jelaskan kepada kami perlawanan mana yang dia (Zulfadli) terlibat sebenarnya,” katanya.

Pada Selasa lepas, BWF mengenakan hukuman penggantungan 20 tahun terhadap Zulfadli daripada terlibat dengan sebarang aktiviti berkaitan sukan badminton selain denda AS$25,000 (RM98,358). – BERNAMA

Tags: BWF
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BWF Tunda Piala Thomas, Uber

15/09/2020
0

PERSEKUTUAN Badminton Dunia (BWF) membuat keputusan untuk menangguhkan kejohanan Piala Thomas dan Uber 2020 selepas mengeluarkan satu kenyataan hari ini. ...

BWF Tidak Tahu Keputusan Rayuan Zulfadli, Chun Seang

30/11/2018
0

KUALA LUMPUR – Panel bebas Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mempunyai kuasa penuh untuk membuat keputusan berhubung rayuan oleh dua pemain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd