• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan BN Terengganu Yang Tunaikan Janji

oleh Ahmad Albab
07/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa komited dan konsisten menunaikan setiap janji yang dibuat dan bukan sekadar omong kosong untuk memancing perhatian rakyat.

Mengambil contoh pelaksanaan hukum hudud, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata rakyat perlu mempersoalkan mengapa perkara itu tidak terkandung di dalam manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) parti tertentu sedangkan ia dicanang-canang sekian lama.

“Kita persoalkan orang yang beria-ia nak buat hudud sedangkan dalam manifesto PRU tidak ada pun perkara itu.

“Dan kita pelik apabila apabila dengar dulu nak negara Islam, kemudian negara kebajikan dan sekarang pula gagasan sejahtera jadi tidak konsisten.

“Makna kata BN dari dulu, kini dan selamanya sentiasa konsisten dengan janji yang dibuat. Kita tidak perlu bising-bising bercakap tetapi kalau cakap kita buat,” katanya pada sidang media majlis Pelancaran Pusat Komuniti Saadah Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZa), di sini, hari ini.

Turut hadir, Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Ahmad Zubaidi Abdul Latif, Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abd Jalil.

Mengenai pusat komuniti Saadah, Ahmad Razif berkata ia merupakan inisiatif yang dijalankan antara kerajaan negeri dan UniSZa dalam usaha menangani masalah penyalahgunaan dadah di Terengganu.

Beliau berkata, pusat itu akan diuruskan oleh Pusat Penyelidikan dan Rawatan Ketagihan (CENTRENA) UniSZA dengan menggabungkan konsep rawatan baharu bagi merawat penagih dadah.

“Pusat komuniti ini berfungsi sebagai tempat latihan kepada pemimpin komuniti, wakil belia, guru dan pegawai agensi yang terlibat seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan sebagainya.

“Pusat ini menekankan konsep pemulihan berciri Islamik dan melibatkan pembabitan banyak pihak,” katanya.

Seramai 60 penagih akan mengikuti program pemulihan di pusat berkenaan secara sukarela dan mereka akan dipantau dengan Sistem Maklumat Geografikal (GIS) bagi mengesan sekiranya mereka masih mengambil bahan terlarang ketika berada dalam program terbabit. – BERNAMA

Tags: Ahmad Razif Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib Yakin BN Kekal Kuasai Putrajaya

Next Post

Ziarah Kubur Hanya Perkara Sunat, Hadi Perli Mahathir

Related Posts

‘Sea Felda’ Manfaat 2,000 Penduduk Kuala Nerus

06/05/2018
0

KUALA NERUS - Projek Akuapolitan Kuala Nerus (AKN) atau "Sea Felda", sebuah kawasan pembangunan bersepadu khusus untuk golongan nelayan di...

BN Terengganu Yakin Bakal Ulangi Sejarah PRU10

04/05/2018
0

DUNGUN - Barisan Nasional (BN) Terengganu yakin menang besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), sekali gus mengulangi sejarah kemenangan...

Next Post

Ziarah Kubur Hanya Perkara Sunat, Hadi Perli Mahathir

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd