• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan Batal Projek HSR Adalah Muktamad

oleh Ahmad Albab
29/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Malaysia telah membuat keputusan muktamad untuk membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura dan berkemungkinan perlu membayar pampasan sebanyak RM500 juta, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Ia adalah keputusan muktamad tetapi ia akan memakan masa berikutan kita mempunyai perjanjian dengan Singapura.

“Ia tidak memberi manfaat kepada Malaysia kerana ia akan membabitkan kos yang amat besar dan kita tidak akan meraih keuntungan daripadanya disebabkan ia landasan yang pendek,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di sini hari ini.

Mahathir berkata Malaysia akan membincangkan perkara tersebut dengan Singapura tidak lama lagi dengan hasrat untuk mengendalikan pembatalan projek itu dengan ‘kos yang rendah’.

Turut hadir Presiden PPBM yang juga Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan Presiden PPBM yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Projek HSR, yang membabitkan laluan sepanjang 335 kilometer akan dibina di Malaysia, melibatkan empat negeri untuk menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura. Ia dijadualkan siap pada 2026. – BERNAMA

Tags: HSRMahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Tangguh Projek Mega Termasuk HSR

Kerajaan Tangguh Projek Mega Termasuk HSR

07/01/2025
0

PUTRAJAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata komitmen kerajaan membabitkan projek mega terpaksa ditangguhkan pada masa ini kerana perlu menyelesaikan...

Johor Mahu HSR, LRT – Onn Hafiz

Johor Mahu HSR, LRT – Onn Hafiz

23/11/2023
0

ISKANDAR PUTERI: Johor mahu pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Malaysia dan Singapura disegerakan bagi memastikan ekonomi negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd