• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemelut Calon MB Perlis Selesai, Angkat Sumpah Esok

oleh Ahmad Albab
23/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Kemelut pemilihan calon Menteri Besar Perlis akhirnya terlerai apabila majlis pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan itu ditetapkan di Balai Mengadap Istana Arau, esok.

Surat jemputan kepada Bernama yang diterima hari ini untuk menghadiri majlis tersebut esok bagaimanapun tidak menyatakan nama calon yang dilantik.

Kemelut itu berlarutan sejak berakhir pilihan raya umum ke-14 (PRU14) 9 Mei lepas, terlerai selepas Timbalan Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menghadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau, semalam.

Ahmad Zahid dipercayai menghadap Tuanku Syed Sirajuddin bagi membincangkan calon untuk menjawat jawatan Menteri Besar selepas baginda dipercayai menolak tiga nama yang dicadangkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim pada 12 Mei lepas.

Baginda kemudian menitah menghadap semua 10 anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang menang pada PRU14, di Istana Arau pada 18 Mei.

Menteri Besar yang lepas Datuk Seri Azlan Man turut memenangi kerusi DUN Bintong. – BERNAMA

Tags: BN PerlisRaja Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RUU Mufti WP: Raja Perlis Tak Berkenan Nama Majlis Raja-Raja Digunakan

RUU Mufti WP: Raja Perlis Tak Berkenan Nama Majlis Raja-Raja Digunakan

10/07/2024
1

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail bertihah bahawa baginda tidak berkenan nama Majlis Raja-Raja digunakan dalam usaha...

Hafizul Dipercayai Mahu Larikan Diri Ke Makkah Melalui Thailand – Polis

Peniaga Ketam Didakwa Hina Raja Perlis

16/04/2024
0

KANGAR: Seorang peniaga ketam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan menghantar komunikasi jelik terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd