• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kejayaan City Juarai EPL Jadi Detik Istimewa Guardiola

oleh AK-47
07/05/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEP Guardiola menyifatkan kejayaan memenangi trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada buat pertama kali merupakan salah satu pencapaian terbesar dalam kariernya.

Manchester City menjulang trofi liga semalam selepas menamatkan aksi menentang Huddersfield Town yang berakhir 0-0 di Etihad, meletakkan diri mereka 17 mata mengatasi pasukan tangga kedua, Manchester United.

Guardiola sebelum ini telah memenangi tiga kejuaraan liga sewaktu mengendalikan Barcelona dan Bayern Munich tetapi gagal mengatasi cabaran dalam musim pertamanya di England bersama City.

Kelab tersebut sekadar menduduki tangga ketiga dan menamatkan musim lalu tanpa sebarang trofi.

Bagaimanapun, pengendali berusia 47 tahun itu tidak berputus asa dengan falsafah bola sepak yang diterapkan sehingga membolehkan City meraih status juara Piala Liga dan EPL pada musim ini.

“Ia adalah EPL. England sangat istimewa, sangat sukar dan hari ini kami menyaksikannya. Kami telah melakukannya,” ujar Guardiola.

“Anda tidak akan tahu bahawa anda akan memenanginya tetapi saya tidak pernah meragui apa yang dilakukan. Kekalahan adalah sebahagian daripada pertandingan, tiada yang istimewa.

“Anda tewas, menang tetapi sentiasa mencuba apa yang dipercayai.”

Selepas meraih tiga kejuaraan domestik ketika bersama Barca dan Bayern, Guardiola mahu mengulanginya bersama City tetapi aksi longlai ketika menentang Huddersfield membuktikan mereka masih perlu mempertingkatkan persembahan pada musim depan.

“Hari ini adalah bukti bahawa kami boleh melakukan lebih baik. Ia sungguh tegang kerana 11 pemain Huddersfield cuba untuk kekal di EPL. Kami kehilangan sedikit fokus pada minggu ini tetapi ia normal.

“Di sini, ia lebih sukar terutamanya bersama City tetapi saya fikir apa yang paling penting adalah beraksi dengan baik dan melihat dimana tahap kami.

“Kami menyaksikan apa yang berlaku pada musim lalu. Pasukan yang muncul juara tidak dapat melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah pada musim berikutnya dan ia berlaku berturut-turut tetapi kami menerima cabaran itu.” – Astro Awani

Tags: EPLManchester City
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isu Tengah Panas, Uqasha Tutup Komen IG

Next Post

Kesetiaan Terhadap Mah Tidak Berbelah Bahagi

Related Posts

Liverpool Kekal Di Puncak, Manchester City Terkulai

11/11/2019
0

LONDON - Liverpool terus kekal di puncak Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan bergaya 3-1 ke atas penyandang juara, Manchester City...

Kolaborasi Dengan Manchester City Pasti Jadi Kenyataan

29/05/2019
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan akan memastikan kolaborasinya dengan juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City menjadi kenyataan. Menterinya...

Next Post

Kesetiaan Terhadap Mah Tidak Berbelah Bahagi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd