• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johan As’ari Mengaku Salah, Mohon Maaf Atas Silap

oleh
23/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TINDAKAN Johan As’ari memuat naik entri mengenai Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di laman Twitter baru-baru ini menyebabkan dia menjadi sasaran netizen.

Johan bagaimanapun enggan melatah dengan kata-kata kecaman dilemparkan terhadapnya sebaliknya tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku.

Menurut pelakon yang lebih dikenali sebagai Botak dalam filem Juvana itu, dia menegaskan Twitter miliknya adalah ruang peribadi untuk meluahkan pendapat secara bebas.

Pun begitu, Johan atau nama sebenarnya Johan Ariff Datuk As’ari mengakui tidak mempunyai niat buruk dengan kenyataannya itu.

“Saya tidak ambil pendekatan yang serius, malah akaun Twitter saya ada hak untuk meluahkan apa yang saya mahukan.

“Saya tidak terfikir perkara ini akan tular, secara tidak langsung saya rasa bersalah dengan netizen diluar sana dan dengan rendah hati saya pohon maaf kepada yang terguris,” katanya dipetik mStar Online.

Baca: Johan Suruh Check Rumah Tun M, Tengok Duit

Terdahulu, Johan telah menulis kata-kata yang mungkin agak pedas bagi sesetengah orang di Twitternya @JohanAsari terutama pengikut setia Tun Dr. Mahathir.

Tulisnya, “Cuba check rumah Tun, mesti banyak jugak duit,” diikuti dengan emoji duit.

Ekoran itu, ada kalangan pengikut-pengikutnya yang meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan pelakon tersebut. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: johan As'ari
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Saya Masih Waras – Johan As’ari

05/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, Johan As'ari terkilan dengan segelintir pihak yang menganggap dirinya bermasalah dan menghadapi gangguan jiwa gara-gara berkawan...

Umie Aida Nasihat Johan As’ari Lebih Baik Diam?

24/05/2018
0

TINDAKAN Johan As’ari memuat naik entri mengenai Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di laman Twitter baru-baru ini sahaja menerima...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd