• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Jangan Tunduk Desakan Islam Liberal”

oleh Ahmad Albab
22/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan (PH) diharap tidak tunduk pada sebarang ‘suara’ yang membawa kepada gaya hidup Islam liberal.

Presiden Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan (PINTA), Mohd Zahid Mahmood, berkata pemimpin Islam di negara ini wajar mengetepikan perbezaan ideologi dan fahaman politik dalam menangani ancaman serta musuh yang ingin mengubah Malaysia seperti negara Barat.

“Suara yang cenderung kepada liberalisme dan tidak mendokong agama sebelum ini memang sering kedengaran, tetapi kita khuatir ia semakin meruncing.

“Kita memang menolak gerakan seperti ini, justeru diharapkan pemimpin Islam seluruh negara bersatu untuk meletakkan Islam di tempat yang sewajarnya,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Sejak kebelakangan ini, media melaporkan wujud desakan supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dihapuskan secepat mungkin, kononnya demi kesejahteraan negara.

Suara sumbang oleh segelintir pihak itu turut menuntut supaya operasi yang membendung kegiatan khalwat dalam kalangan umat Islam dihentikan kerana dikatakan bercanggah dengan hak asasi manusia.

Sementara itu, Mohd Zahid berkata, PINTA yang dianggotai hampir 700 institusi tahfiz, membabitkan kira-kira 70,000 pelajar di seluruh negara, malam ini mengadakan solat hajat perdana dan doa selamat.

Mengambil keberkatan Ramadan, katanya, ia bertujuan untuk mendoakan supaya kasih antara pemimpin Islam di Malaysia saling bertaut, sekali gus memadam kebencian yang mungkin timbul angkara pelbagai perkara sebelum ini.

“Kita doa, insya-Allah pemimpin Islam dilindungi daripada fitnah didalangi anasir yang ingin melagakan umat Islam supaya terus berpecah dan lemah,” katanya.

Mengulas hasrat kepada kerajaan, Mohd Zahid berharap, peruntukan kewangan untuk memperkasa institusi tahfiz tidak terkubur, sebaliknya terus disalur dan ditambah mengikut keperluan semasa.

Katanya, sengketa yang mungkin timbul angkara politik harus diketepikan supaya pelbagai inisiatif mengangkat martabat pendidikan dan keselamatan institusi tahfiz dirintis kerajaan terdahulu diperkukuhkan.

“Kami harap segala bajet yang diluluskan sebelum ini, merangkumi peruntukan untuk menaik taraf aspek keselamatan dan pendidikan tahfiz tidak disekat, sebaliknya terus disalur serta ditambah,” katanya. – BH ONLINE

Tags: Islam Liberalpakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penganalisis: PSB Pesaing Terdekat GPS, Bukan PH

16/12/2021
0

PRN SARAWAK | Parti Sarawak Bersatu (PSB) dilihat sebagai pencabar terdekat gabungan pemerintah, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam pilihan raya...

Kenapa PN Dan PH Kalah Teruk?

21/11/2021
0

Ini sekadar rumusan awal, jangan serius dan sentap pulak. Pertama, mereka ketandusan idea. Tiada tawaran yang benar² boleh menarik perhatian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd