• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Mudah Berpuas Hati, Teruskan Kempen – Salleh

oleh Ahmad Albab
05/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA MARUDU – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak mengingatkan jentera parti Barisan Nasional (BN) agar tidak mudah berpuas hati dengan pencapaian kempen mereka memenangi hati pengundi setakat ini sebaliknya meneruskan momentum kempen bagi memastikan kejayaan BN pada pilihan raya umum ini.

Salleh yang juga Bendahari UMNO berkata politik bukan sekadar pilihan raya serta berkempen sebaliknya ia adalah perjuangan membela nasib rakyat selama-lamanya, tidak terhad dalam jangka masa lima tahun selepas memenangi pilihan raya dan mendapat mandat.

“Berbaki tiga hari menjelang Pilihan Raya Umum ke-14, jentera parti harus terus teguh, diperkemas, diperkukuh dan dikuatkan bagi mengambil kembali Matunggong seterusnya menggenggam kemenangan besar di Parlimen Kota Marudu.

“Yang penting, kita saling bekerjasama memayungi rakyat, mentadbir urus segenap sudut dengan baik agar ia menjadi pegangan teguh rakyat untuk terus memilih BN pada 9 Mei ini dan pada masa akan datang,” katanya.

Salleh berkata demikian ketika berucap pada majlis Santai Bersama Pemimpin yang dimeriahkan oleh lebih 1,500 penyokong BN di Dewan Serbaguna Matunggong dekat sini hari ini.

Turut hadir isteri Salleh, Datin Seri Raya Erom; calon BN Parlimen Kota Marudu, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili; calon BN Dewan Undangan Negeri Matunggong, Julita Mojungki; Ketua UMNO Bahagian Kota Marudu, Datuk Wetrom Bahanda dan bekas ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan.

Sementara itu, Salleh mengingatkan rakyat agar tidak mudah terpedaya dengan janji-janji tidak rasional pembangkang. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said KeruakPRU14
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

BN Hasrat Pertahan Kerusi Tradisi PRU14, PRK

10/07/2020
0

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) mahu mempertahankan semua kerusi tradisi yang dimenangi parti itu sama ada pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd