• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Iran Ancam Tarik Diri Daripada Perjanjian Nuklear

oleh Ahmad Albab
04/05/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Duta Iran ke Britain, Hamid Baeidinejad, berkata Tehran mungkin menarik diri daripada menandatangani perjanjian nuklear, jika Amerika Syarikat terlebih dahulu mengambil tindakan yang sama.

Malah, Hamid berkata, negaranya sedia untuk kembali kepada keadaan sebelum ini, sekiranya Amerika Syarikat menarik diri daripada pakatan yang dibentuk pada 2015, susulan ancaman yang dibuat Presiden Donald Trump.

“Apabila Amerika Syarikat keluar dari perjanjian ini, ia bermakna tiada lagi perjanjian.

“Ini kerana, pihak yang mempunyai kepentingan sudah membatalkannya dan dengan jelas melanggar perjanjian itu,” katanya kepada wakil CNN, Christiane Amanpour.

Sebelum ini, Trump dilaporkan mengancam untuk membatalkan perjanjian yang dirangka pada 2015 antara Tehran dan enam kuasa dunia.

Washington diberi tempoh sehingga 12 Mei ini, untuk memperbaharui sokongannya terhadap perjanjian itu.

Perjanjian itu bakal menguatkuasakan sekatan lebih ketat terhadap program nuklear Iran, bagi membolehkan sekatan ekonomi terhadap negara itu dilonggarkan. – AFP/BH ONLINE

Tags: IranNuklear
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

4 Anggota Tentera Israel Maut Dalam Pertempuran Sengit Di Selatan Lubnan

4 Anggota Tentera Israel Maut Dalam Pertempuran Sengit Di Selatan Lubnan

01/04/2026
0

BEIRUT – Empat anggota tentera Israel dilaporkan terbunuh dalam pertempuran sengit dengan pejuang Hezbollah di selatan Lubnan, dalam insiden yang...

Israel Lulus Undang-Undang Hukuman Mati Ke Atas Rakyat Palestin

Israel Lulus Undang-Undang Hukuman Mati Ke Atas Rakyat Palestin

31/03/2026
0

TEL AVIV – Parlimen Israel meluluskan satu rang undang-undang kontroversi yang membuka laluan kepada hukuman mati terhadap individu disabitkan kesalahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd