• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ingatkan ‘GrabCar’ Rupa-Rupanya Kereta Sufian

oleh
23/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG pemuda menghadapi detik mencuit hati apabila dia dikatakan tersalah masuk sebuah kereta yang disangka GrabCar sebelum sedar ia rupa-rupa kereta kepunyaan orang lain.

Lebih menariknya lagi, difahamkan bahawa kereta berkenaan sebenarnya dimiliki oleh pelantun lagu popular, Di Mata Mu iaitu Sufian Suhaimi! Wahhh!

Perkara ini telah dikongsi sendiri oleh seorang pengguna akaun Twitter bernama @bulanibnarhman yang mengakui kesilapannya memasuki kenderaan, namun terkejut apabila menyedari pemandunya ialah Sufian.

“Saya fikir ini adalah GrabCar yang saya tempah dan ia adalah pengajaran buat saya daripada Allah tapi hey…teka siapa pemandunya. Ia Sufian Suhaimi!” tulis pemuda itu di Twitter pada Selasa.

Ujar pemuda itu lagi, kecuaian itu berpunca daripada sikapnya yang berasa terlalu yakin.

Malah, lebih mencuit hati lagi apabila pemuda berkenaan memberitahu bahawa dia telah meletakkan bagasi yang dibawanya ke dalam kereta Sufian.

Selepas menyedari kesilapan itu, pemuda itu bagaimanapun tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar bersama penyanyi berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Sufian turut berkongsi insiden mencuit hati tersebut menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Twitter miliknya.

Sufian berkata, ketika insiden berlaku dia sedang bermain telefon sambil menunggu masa berikutan dia sampai lebih awal di sebuah lokasi daripada yang dijanjikan.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba seorang pemuda memasuki kereta miliknya dan duduk di tempat duduk belakang dengan yakin.

“Saya sedang bermain telefon di dalam kereta untuk buang masa. Saya sampai awal sejam daripada masa ditetapkan. Kemudian lelaki ini dengan yakin buka pintu belakang kerana sangka saya pemandu Grab,” ujar Sufian.

Ternyata perkongsian-perkongsian tersebut mendapat perhatian dalam kalangan netizen mengakui terhibur dengan gelagat pemuda itu.

Pun begitu, terdapat juga segelintir netizen berpendapat Sufian perlu lebih berhati-hati pada masa akan datang dan mengunci keretanya bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. – MYNEWHSUB.CC/AM

Tags: Sufian Suhaimi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sufian Suhaimi Ambil Anak Angkat

11/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Kehadiran kanak-kanak mampu menceriakan kehidupan seseorang. Kemunculan mereka dalam hidup sudah semestinya dapat memberikan satu sinar yang...

‘Di Matamu’ Bakal Diiktiraf Malaysia Book Of Records

24/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi Sufian Suhaimi bakal mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records menerusi lagu Di Matamu yang akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd