• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Sahkan Puteri Balqis Alami Masalah Jantung

oleh Haris
14/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MISTERI mengenai penyakit yang dihidapi pelakon cilik terkenal, Puteri Balqis Azizi akhirnya terjawab apabila ibunya mengesahkan Balqis mengalami masalah jantung.

Menerusi laporan portal BH Online, perkara itu disahkan sendiri oleh ibu Balqis yang memberitahu bahawa anaknya terpaksa keluar masuk hospital sejak awal tahun lalu.

Menurut ibunya, Norashikin Mohd Aziz, Balqis atau lebih mesra disapa Aqish dimaklumkan oleh doktor mengalami masalah jantung selepas melalui siri pemeriksaan kesihatan menyeluruh, Disember lalu.

Jelasnya, pemeriksaan itu diadakan ke atas Aqish selepas menyedari anaknya itu cepat letih dan sering sakit sehingga muntah darah berulang kali.

“Kami perasan Aqish cepat letih dan demam berulang kali dalam tempoh panjang. Kami syak Aqish diserang denggi tetapi ujian darah tidak menunjukkan begitu.

“Sejak awal tahun lagi, hospital sudah menjadi rumah kedua kami. Ini kerana Aqish perlu menjalani ujian dan pemeriksaan bagi mengesan sakitnya.

“Lebih teruk apabila dia pengsan dan muntah darah hampir setiap hari. Sebagai ibu, sudah tentu luluh hati saya melihat keadaannya,” katanya kepada portal berkenaan.

Tempoh hari, peminat pelakon berusia 11 tahun itu mula gusar apabila satu posting yang dimuat naik di laman Instagram miliknya menunjukkan Balqis dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Alhamdulillah sakit Aqish semakin kurang.I’m still waiting for her next treatment.Terima kasih buat semua fans yg tak henti2 dm dan WhatsApp bertanya khabar Aqish.Buat sesiapa yg anak mereka mengalami sakit jantung/lemah jantung atau cancer, beli mcm2 supplement tapi tak membantu, boleh try parsley atau Basil tea.Sebelum ni, Aqish asyik muntah darah dan pengsan.I almost lost her.Mcm2 supplement yg Aqish cuba tapi tak membantu.Selepas Aqish minum Basil tea, dan kunyah daun Basil tu setiap pagi dan malam, sakit Aqish beransur pulih.Doakan yg terbaik buat Puteri.Love u guys❤🙏🏻Tq

A post shared by PUTERI BALQIS (@rockingbalqis) on May 10, 2018 at 4:04pm PDT


Entri yang dimuat naik Norashikin itu turut mengejutkan peminat apabila kapsyennya menyebut bahawa dia hampir kehilangan anaknya.

Melalui keterangan posting itu juga, Norashikin menyarankan mereka yang mempunyai anak menghidap sakit jantung atau kanser boleh menggunakan teh basil dan daun pasli.

Dia juga tidak menyatakan penyakit yang dihidapi oleh Aqish menyebabkan orang ramai tertanya-tanya mengenai perkara itu. Selain itu, ruangan komen juga ditutup menyukarkan lagi netizen yang mahu berinteraksi.

Menceritakan keadaan Aqish, Norashikin berkata pelakon cilik yang pernah memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik Asia, Anugerah Televisyen Asia 2014 itu dinasihatkan berehat di rumah dan rawatan masih diteruskan.

“Kami masih berulang alik ke hospital. Alhamdulillah, sudah nampak perbezaan berbanding beberapa minggu lalu. Malah, Aqish sudah lama kami rehatkan daripada berlakon.

“Sebenarnya, dari dulu lagi, kami hanya terima tawaran yang Aqish mahu saja. Ini kerana dia ada komitmen terhadap pelajaran selain menghadiri kelas piano dan masakan,” katanya.

Biarpun menghidapi penyakit itu, Norashikin menyifatkan bahawa anaknya itu tetap kuat dan tidak mudah mengalah. Malah, ketika ini, Aqish banyak mengisi masa dengan berenang dan menghadiri kelas disukainya.

“Sesi belajar dan berlakon kami rehatkan dulu walaupun sesekali dia merengek rindu hendak pergi ke set,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: puteri balqissakit jantung
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kontroversi Mia Sara Kembali Hangat, Nama Dikaitkan Isu Tular Bersama Puteri Balqis

Kontroversi Mia Sara Kembali Hangat, Nama Dikaitkan Isu Tular Bersama Puteri Balqis

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR – Nama pelakon remaja Mia Sara Nasuha kembali menjadi bualan ramai di media sosial selepas timbul satu kontroversi...

Ibu Puteri Balqis Tolak Bantuan

17/01/2020
0

IBU kepada pelakon cilik, Puteri Balqis Azizi iaitu Norashikin Mohd Aziz menolak untuk menerima bantuan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd