• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Muda Berpantang Tetap Bersemangat Mengundi

oleh AK-47
09/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN – Demi negara, kesakitan melahirkan anak petang semalam tidak menghalang Aswani Mohamad, 32, menunaikan tanggungjawabnya dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) hari ini.

Ibu kepada tiga anak itu berkata beliau selamat melahirkan bayi lelaki, Ayden Muslim Mohd Akram pada 2.30 petang semalam di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Terengganu.

“Alhamdulillah, tengah hari tadi doktor membenarkan saya dan bayi pulang ke rumah setelah berpuas hati dengan tahap kesihatan kami.

“Saya dijemput pulang oleh ibu bapa memandangkan suami pulang mengundi ke Pasir Mas, Kelantan. Namun sebelum sampai ke rumah, saya singgah mengundi di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Kuala Abang,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Aswani turut memuji kecekapan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di sekolah itu yang bertungkus-lumus memastikan beliau dapat mengundi walaupun terpaksa menguruskan beberapa perkara teknikal.

“Sepatutnya saya mengundi di saluran lima yang memerlukan saya beratur di tingkat dua bangunan sekolah, mujurlah petugas SPR membantu saya untuk menukar tempa mengundi di saluran satu (tingkat bawah) untuk memudahkan proses pengundian saya.

“Alhamdulillah, walaupun masih dalam kesakitan namun saya masih mampu menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia…. inilah kenangan manis yang bakal dikenang sepanjang hayat saya,” katanya. – BERNAMA

Tags: PRU-14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRU15: BN Yakin Bentuk Kerajaan, Sokongan Lebih Baik Banding PRU14

PRU15: BN Yakin Bentuk Kerajaan, Sokongan Lebih Baik Banding PRU14

14/11/2022
0

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) yakin dapat membentuk kerajaan serta memperoleh majoriti mudah 112 kerusi pada Pilihan Raya Umum...

PRU-15: Turunkan Bendera PH Kerana Menutup Pagar Hadapan Muzium Negara

PRU-15: Turunkan Bendera PH Kerana Menutup Pagar Hadapan Muzium Negara

11/11/2022
0

Kuala Lumpur : Tindakan individu menurunkan bendera parti Pakatan Harapan (PH) di hadapan Muzium Negara, di sini, kerana pemasangan bendera...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd