• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

HSR: Singapura Belum Terima Makluman Rasmi

oleh Ahmad Albab
29/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Singapura masih belum menerima sebarang makluman rasmi daripada Malaysia berhubung pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) kata Kementerian Pengangkutan republik berkenaan hari ini.

“Kami bersetuju untuk meneruskan projek HSR berdasarkan berdasarkan manfaat bersama dan kewajipan yang ditetapkan dalam perjanjian dua hala HSR,” kata jurucakap Kementerian berkenaan dalam jawapan kepada emel Bernama.

“Kami akan menunggu komunikasi rasmi daripada Malaysia,” kata jurucakap itu.

Baca: Keputusan Batal Projek HSR Adalah Muktamad

Awal hari ini, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, mengesahkan bahawa Malaysia akan membatalkan projek berkenaan dan mungkin membayar RM500 juta dalam bentuk pampasan.

“Ia adalah keputusan muktamad tetapi ia akan memakan masa berikutan kita mempunyai perjanjian dengan Singapura.

“Ia tidak memberi manfaat kepada Malaysia kerana ia akan membabitkan kos yang amat besar dan kita tidak akan meraih keuntungan daripadanya disebabkan ia landasan yang pendek,” katanya.

Dr. Mahathir berkata, Malaysia akan membincangkan perkara berkenaan dengan Singapura tidak lama lagi dengan hasrat untuk mengendalikan pembatalan projek itu dengan ‘kos yang rendah’.

Projek HSR, yang membabitkan laluan sepanjang 335 kilometer akan dibina di Malaysia, membabitkan empat negeri untuk menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura. Ia dijadualkan siap pada 2026. – BERNAMA

Tags: HSR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Keputusan Batal Projek HSR Adalah Muktamad

Next Post

Persatuan Alumni UiTM Bantah Tuntutan Hindraf

Related Posts

Kerajaan Tangguh Projek Mega Termasuk HSR

Kerajaan Tangguh Projek Mega Termasuk HSR

07/01/2025
0

PUTRAJAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata komitmen kerajaan membabitkan projek mega terpaksa ditangguhkan pada masa ini kerana perlu menyelesaikan...

Johor Mahu HSR, LRT – Onn Hafiz

Johor Mahu HSR, LRT – Onn Hafiz

23/11/2023
0

ISKANDAR PUTERI: Johor mahu pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Malaysia dan Singapura disegerakan bagi memastikan ekonomi negeri...

Next Post

Persatuan Alumni UiTM Bantah Tuntutan Hindraf

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd