• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

HSR KL-Singapura Bakal Wujudkan 7 Bandar Besar

oleh Ahmad Albab
03/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (KL-SG HSR) bakal mewujudkan tujuh bandar besar baharu di sepanjang laluannya di Malaysia selepas selesai pembinaannya kelak yang dijadualkan pada Disember 2026, kata Ketua Pegawai Eksekutif MyHSR Corporation, Datuk Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal.

Beliau berkata apabila siap sepenuhnya, projek itu bakal menarik pelaburan ke bandar-bandar iaitu Johor Bahru, Batu Pahat, Muar, Melaka, Seremban, Sepang dan Bandar Malaysia, yang menjadi lokasi bagi stesen-stesen kereta api laju itu.

“Tujuh hentian itu bakal mewujudkan tujuh bandar besar baharu pada masa depan yang akan membawa pertumbuhan ekonomi, pekerjaan dan manfaat amat besar kepada rakyat,” katanya pada taklimat media mengenai perkembangan terkini projek KL-SG HSR, di sini, hari ini.

MyHSR Corp, yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan, adalah syarikat yang akan membangunkan dan melaksanakan projek KL-SG HSR bagi bahagian Malaysia.

Mohd Nur Ismal berkata MyHSR ketika ini sedang dalam proses memuktamadkan reka bentuk rujukan, dan ini akan disusuli oleh reka bentuk terperinci oleh rakan kongsi pelaksanan projek (PDP) — usaha sama Malaysian Resources Corporation Bhd.-Gamuda Bhd. (MRCB-Gamuda) dan usaha sama Syarikat Pembenaan Yeoh Tiong Lay Sdn. Bhd.-TH Properties Sdn. Bhd. (YTL-TH Properties).

“Kami menjangkakan beberapa kerja-kerja pendahuluan akan bermula akhir tahun ini,” katanya.

Beliau berkata pembelian tanah bagi projek itu dijangka diselesaikan dalam separuh kedua tahun ini sebelum kerja-kerja pendahuluan dimulakan.

Usaha sama MRCB-Gamuda dan YTL-TH Properties dilantik sebagai PDP bagi pembinaan kerja-kerja sivil di Malaysia.

Usaha sama MRCB-Gamuda dilantik sebagai PDP bagi kawasan utara terdiri daripada tiga stesen domestik dan satu stesen antarabangsa antara Bandar Malaysia dan Melaka dengan penjajaran 135 kilometer.

Sementara itu, YTL-TH Properties bertanggungjawab bagi bahagian selatan dengan penjajaran sejauh 200 kilometer, termasuk dua stesen domestik dan satu stesen antarabangsa antara Melaka dan Iskandar Puteri. – BERNAMA

Tags: Projek HSR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2 Lelaki, Wanita Bersama 521 Gram Dadah Ditahan

Next Post

Tuduh Abdul Hadi Munafik, Dr. Mahathir Melampau

Related Posts

Projek HSR: PM Anwar Maklum Baru Terima Laporan Firma Jepun Didakwa Tarik Diri

Syarikat Jepun Tarik Diri Projek HSR KL-Singapura

12/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Firma Jepun membuat keputusan membatalkan rancangan mereka untuk terbabit dalam projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura,...

Dua Beradik Dirempuh Lori Agensi Penyelamat Menang Saman RM1.12 Juta

Projek HSR: PM Anwar Maklum Baru Terima Laporan Firma Jepun Didakwa Tarik Diri

12/01/2024
0

KAJANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau baru sahaja menerima laporan berhubung laporan berita mengenai firma Jepun yang...

Next Post

Tuduh Abdul Hadi Munafik, Dr. Mahathir Melampau

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd