• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hoki Sukan SEA Demi Pembangunan Di ASEAN

oleh Ahmad Albab
20/05/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) akan meminta Majlis Olimpik Malaysia (MOM) supaya mengemukakan rayuan supaya menyenaraikan semula acara hoki pada temasya Sukan SEA 2019 di Filipina.

Presidennya, Datuk Seri Subahan Kamal berkata negara-negara peserta masih ketinggalan jauh dengan pasukan bertaraf dunia dan oleh itu penganjuran acara hoki dalam temasya dwitahunan itu penting untuk pembangunan sukan itu di rantau Asia Tenggara.

“Skuad hoki negara adalah pasukan utama di ASEAN dan kami mempunyai peluang besar untuk merangkul dua emas dalam acara lelaki dan wanita sekiranya hoki dipertandingkan di Filipina. Namun apa yang lebih penting ialah pembangunan sukan itu di rantau ini.

“Penganjuran acara hoki di Sukan SEA merupakan platform untuk negara-negara peserta memperbaiki standard masing-masing apabila berpeluang mendapat perlawanan kompetitif serta pendedahan dan pengalaman khususnya dari Malaysia.

“Kami amat berharap negara tuan rumah temasya sukan itu mempertimbangkan semula untuk menganjurkan acara hoki,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Hoki adalah antara beberapa acara sukan digugurkan daripada senarai awal 30 sukan oleh Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Filipina (PHISGOC) semalam.

Selain hoki, sukan lain yang tidak tersenarai ialah ping pong, ragbi, petanque, boling padang, bola jaring, kriket, ski air serta acara trek berbasikal yang dipertandingkan pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.

Sebagai rekod, pada edisi 2017 di Kuala Lumpur, Malaysia merangkul tiga daripada empat emas ditawarkan dalam acara hoki iaitu hoki lelaki dan wanita dan hokl lelaki dalam dewan manakala Thailand memenangi emas acara hoki wanita dalam dewan.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM), Chan Foong Keong berkata mereka juga turut akan mengikut jejak langkah MHC dengan merayu kepada MOM dan Persatuan Ping Pong Filipina (TTAP).

Beliau berkata rayuan menerusi persatuan sukan kebangsaan negara itu adalah lebih kukuh.

“Saya pasti pasukan yang kuat sepert Singapura, Thailand dan Vietnam akan turut mengemukakan rayuan dan peluang disenaraikan semula adalah tinggi,” katanya.

Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) diberi tempoh sehingga 13 Jun ini untuk mengemukakan rayuan dan cadangan untuk penambahan acara sukan dalam temasya edisi ke-30 yang dijadual berlangsung dari 30 Nov hingga 10 Dis, 2019 di tiga bandar raya – Clark, Subic dan Metro Manila.

Sebelum ini, acara badminton digugurkan tetapi disenaraikan semula selepas menerima bantahan keras daripada lima NOC iaitu Malaysia, Indonesia, Myanmar, Singapura dan Thailand pada mesyuarat dua hari Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) di Manila yang berakhir semalam.

Senarai 30 Sukan:

Olahraga, Akuatik, Memanah, Badminton, Besbol/Sofbol, Bola Keranjang, Billiard dan Snuker, Tenpin Boling, Tinju, Berbasikal, Ekuestrian/Polo, Lawan Pedang, Bola Sepak, Golf, Gimnastik, Judo/Jujitso, Karate, Perahu Layar, Sepak Takraw, Menembak, Skuasy, Taekwondo, Triatlon, Bola Tampar, Angkat Berat, Gusti/Kurash, Wushu, Arnis, Dancesport, Muay. – BERNAMA

Tags: hokiSubahan Kamal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad hoki negara atas kejayaan melayakkan...

Skuad Projek Perkemas Aspek Pertahanan

23/11/2021
0

SKUAD projek khas lelaki negara akan memberikan tumpuan penuh terhadap aspek bertahan dalam situasi pukulan sudut penalti menjelang aksi pembukaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd