• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hari Wesak Menjadi Lambang Kebebasan Beragama

oleh Ahmad Albab
30/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kebebasan beragama, yang menjadi lambang perpaduan di negara ini, jelas terserlah dengan penganut Buddha di seluruh negara hari ini ini tenang dan aman mengunjungi kuil-kuil di kawasan tempat tinggal masing-masing, meraikan sambutan Hari Wesak.

Cuaca cerah pada sebelah pagi membolehkan penganut Buddha melakukan ritual acara keagamaan dan penghormatan kepada ‘kelahiran, pencerahan agung dan pemergian Siddharta Gautama Buddha’.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang juga Menteri Kewangan, dijadual menghadiri sambutan Hari Wesak di kuil Buddhist Maha Vihara di Brickfields pada sebelah petang.

Di SELANGOR, lebih 10,000 penganut Buddha mengunjungi Kuil Fo Guang Shan (FGS) Dong Zen di Jenjarom, Banting sempena sambutan Hari Wesak sejak Ahad lepas hingga hari ini.

Pengarah kuil itu, Man Hui, berkata antara acara unik yang diperkenalkan di kuil itu adalah penganjuran pertandingan menyanyi lagu bertajuk “the Sounds of the Human World” bagi golongan dewasa dan kanak-kanak bagi menghayati ajaran Buddha itu.

“Kita juga mengunjungi sembilan sekolah Cina di sekitar Selangor sempena Hari Wesak ini dengan memberikan kuih tradisi kaum Cina kepada pelajar di samping berkongsi ilmu dengan mereka mengenai ajaran ‘humanistic Buddhism‘,” katanya kepada Bernama.

Turut hadir Anggota Parlimen Kuala Langat, Dr. Xavier Jayakumar.

Man Hui berkata adalah menjadi kebiasaan penganut Buddha yang terdiri daripada tiga generasi mengunjungi kuil itu setiap kali musim sambutan Wesak.

Kuil Dong Zen yang menempatkan patung Buddha terbesar di Selangor, mempunyai keluasan 10.5 hektar di Jenjarom, menjadi tarikan baharu pelancong selain merupakan pusat kebudayaan dan pendidikan yang penting.

Di PULAU PINANG, kira-kira 2,000 penganut agama Buddha membanjiri dewan sembahyang di Persatuan Buddha Pulau Pinang sehingga lewat tengah hari.

Tinjauan Bernama mendapati orang ramai terus memasuki dewan persatuan itu di Jalan Anson di sini termasuk pelancong asing.

Keadaan sekitar Jalan Anson menjadi agak sesak dengan kenderaan yang bergerak perlahan dan kebanyakan menuju ke persatuan itu. – BERNAMA

Tags: Hari Wesak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sri Lanka Tarik Balik Perintah Berkurung

15/05/2022
0

COLOMBO: Pihak berkuasa Sri Lanka menarik balik perintah berkurung di seluruh negara, hari ini sempena sambutan Hari Wesak. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram...

Hari Wesak Disambut Sederhana Seluruh Negara

26/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Hari Wesak hari ini disambut sederhana dalam norma baharu di seluruh negara yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd