• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hargai Pengorbanan Tentera Jaga Keselamatan Negara

oleh Ahmad Albab
26/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUDAT – Pengorbanan anggota tentera menjaga keselamatan negara bagi memastikan ia sentiasa dalam keadaan aman dan selamat haruslah dihargai oleh semua rakyat, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah mereka menjaga keselamatan negara pada setiap masa dengan semangat juang dan ketahanan diri yang mantap dan tinggi.

“Tugas ini amat mulia di sisi agama dan disanjung rakyat kerana keamanan dan keselamatan adalah dua perkara yang tidak boleh dikompromi.

“Komitmen setiap anggota tentera ini bertujuan memastikan anasir tertentu yang mahu menceroboh negara dapat dihapuskan atau dipatahkan,” titah Tuanku Syed Faizuddin.

Baginda yang juga Komander 504 Askar Wataniah Berpengkalan di Bukit Ketri, Padang Besar, Perlis bertitah demikian selepas majlis berbuka puasa bersama-sama anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) di atas kapal Auxilliary Bunga Mas 5 di perairan Kudat di sini, malam ini.

Turut hadir Panglima Wilayah Laut 2 Laksamana Muda Datuk Abdul Rahman Ayob, Komander Angkatan Tentera Bersama 2 Brig-Jen Zarondin Md Amin, Timbalan Komander ESSCom Brig-Jen Datuk Badrul Hisham Muhammad dan Pegawai Memerintah Kapal Bunga Emas 5 Komander Banggau anak Limbang.

Tuanku Syed Faizuddin mengetuai delegasi 25 ketua jabatan negeri Perlis serta ahli korporat menyertai Op Pasir 2018 di kawasan Timur Sabah di Kudat bermula dari 24 Mei hingga esok.

Baginda juga bertitah bahawa kawasan pulau tidak terkecuali daripada ancaman dengan keganasan oleh penceroboh kini menjadi ancaman serius dan membimbangkan selain penculikan, penyeludupan serta perdagangan manusia dan barangan terkawal.

“Justeru itu, tuan-tuan hendaklah sentiasa dalam siap siaga, memahami dan mengenal pasti semua bentuk ancaman yang boleh berlaku di pulau-pulau yang menjadi sasaran utama musuh…jangan berkompromi dengan musuh sebaliknya laksanakan tugas dengan penu integriti, profesional dan efektif,” titah baginda.

Terdahulu, Tuanku Syed Faizuddin dan delegasi melawat pos-pos tentera dan polis di Pulau Mandi Darah, Pulau Tigabu, Pulau Malawali dan Pulau Balambangan di perairan Kudat untuk menyampaikan sumbangan kepada pasukan keselamatan yang bertugas pada Ramadan dan Aidilfitri.

Op Pasir, yang merupakan program tahunan kerajaan Perlis, dianjurkan buat kali ke-14 dengan delegasi melawat kampung-kampung untuk memberi semangat serta menyampaikan sumbangan seperti bahan bacaan, kuih raya dan pelbagai keperluan lain yang disumbangkan pihak korporat. – BERNAMA

Tags: Anggota TenteraRaja Muda Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Agaknya Selepas Ini Saya Patut Lantik Sarjan Jadi PAT”

“Agaknya Selepas Ini Saya Patut Lantik Sarjan Jadi PAT”

19/01/2026
0

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ketegasan untuk membanteras rasuah secara menyeluruh, sambil menyatakan kekecewaan terhadap kes...

Seorang Anggota Tentera Maut, Empat Cedera Nahas Trak ATM

Seorang Anggota Tentera Maut, Empat Cedera Nahas Trak ATM

11/12/2025
0

Machang: Seorang anggota tentera maut manakala empat yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah trak milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd