• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya 17 Bas Panorama Melaka Yang Beroperasi

oleh Ahmad Albab
20/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Menyewa bas daripada syarikat luar dan membaiki bas yang rosak merupakan langkah jangka pendek yang digariskan oleh kerajaan negeri Melaka kepada Syarikat Panorama Melaka Sdn. Bhd. bagi menangani masalah pengangkutan awam di negeri ini.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Mohd Sofi Abdul Wahab masalah kelewatan bas di beberapa kawasan di negeri ini adalah kerana hanya 17 daripada 60 buah bas milik syarikat itu yang beroperasi kerana yang lainnya mengalami kerosakan.

Beliau berkata antara laluan yang dikenal pasti mengalami kelewatan ialah laluan Melaka Sentral ke Tampin melalui Cheng serta Durian Tunggal, Melaka Sentral ke Masjid Tanah dan Melaka Sentral ke Ujong Pasir.

“Jumlah bas yang beroperasi tidak mampu untuk membawa penumpang yang sepatutnya dan secara tidak langsung menyebabkan kelewatan jadual perjalanan antara dua hingga tiga jam bagi satu-satu laluan.

“Kita telah mengadakan mesyuarat dengan pihak Panorama Melaka Sdn Bhd untuk mengatasi masalah ini segera kerana kita menerima banyak aduan atau rungutan daripada orang awam tentang sistem pengangkutan awam yang lembab,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Turut hadir Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Tey Kok Kiew dan Pengurus Besar Panorama Melaka Sdn. Bhd., Abu Bakar Jani.

Mohd Sofi berkata akibat bas yang rosak, tidak dibaiki dan masalah dengan pembekal, hanya 19 daripada 26 laluan yang meliputi laluan dalam dan luar bandar dapat beroperasi sedangkan antara 32 hingga 35 buah bas diperlukan bagi memulihkan sistem pengangkutan awam di negeri ini. – BERNAMA

Tags: Bas Panorama
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bas Panorama Dijangka Beri Manfaat 6,000 Penuntut UTeM

09/10/2018
0

ALOR GAJAH - Perkhidmatan bas Panorama yang beroperasi di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang bermula Sabtu lalu (6 Okt)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd