• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanis Zalikha Dedah Punca Tidak Keluar Mengundi

oleh
20/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASANGAN selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen teruk dikecam netizen apabila didakwa tidak keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), baru-baru ini.

Rata-rata netizen mendakwa pasangan itu tidak mengundi apabila mereka dilihat tidak berkongsi gambar jari dengan kesan dakwat kekal sebagai tanda sudah menjalankan tanggungjawab seperti mana yang telah dijelaskan oleh selebriti lain di Instagram.

Pun begitu, nampaknya Hanis dilihat tidak mudah melatah sebaliknya tampil menjelaskan perkara yang sebenar dengan tenang kerana mengakui tidak berkesempatan keluar mengundi.

Menurut Hanis, tindakan itu bukanlah disengajakan tetapi tuntutan kerja yang kebetulan jatuh pada hari sama dengan PRU14 membuatkan mereka tidak dapat melaksanakan tanggungjawab itu.

“Jujurnya memang kami berdua tidak keluar mengundi dan ia bukannya disengajakan tetapi tuntutan kerja membuatkan hasrat itu tidak dapat dilaksanakan.

“Pada hari tersebut kami terlibat dengan penggambaran bersama Jakel untuk koleksi hari raya dan ia tidak boleh dipinda memandangkan jadual Hairul padat dengan penggambaran filem Paskal,” jelasnya dipetik mStar Online.

Pada masa sama, Hanis turut meluahkan rasa sedih dan kecewa kerana tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat untuk keluar mengundi pada pada hari berkenaan.

Bagaimanapun, Hanis berkata, dia berjanji akan memastikan menjalankan tanggung jawab tersebut pada pilihan raya akan datang dalam tempoh lima tahun lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Hairul AzreenHanis Zalikha
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aksi ‘Hand Stand’ Undang Padah, Anak Bukan Sarkas

18/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, Hairul Azreen baru-baru ini dikecam teruk apabila memadam komen teguran yang diberikan angkasawan negara, Dr. Sheikh...

Hairul Ditegur Sengaja Buat Hati Hanis Zalikha Tak Tenteram

09/08/2018
0

PELAKON Hairul Azreen ditegur apabila sengaja mengundang rasa sedih isterinya, Hanis Zalikha dengan memuat naik sebuah video memaparkan momen indah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd