• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GST, SST, Bahan Api, Tol, Topik CEP Minggu Depan

oleh Ahmad Albab
21/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) dijangka mengadakan perbincangan lanjut berkenaan subsidi bahan api, Cukai Barang dan Perkhidmatan, Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan serta pemansuhan tol melalui beberapa siri mesyuarat yang akan diadakan minggu depan, kata Tun Daim Zainuddin.

Daim yang mempengerusikan CEP, juga berkata, bahawa majlis berkenaan akan mengadakan pertemuan dengan syarikat dimiliki Kementerian Kewangan Diperbadankan termasuk Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Untuk ringkasan, sejak enam hari lalu, majlis berkenaan mengadakan 40 mesyuarat dan berjumpa 50 individu termasuk pegawai kanan kerajaan dan ketua syarikat berkaitan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, syarikat, kesatuan sekerja, CEUPACS, pengurus bank dan pihak pengawal selia.

Berkenaan pemasuhan bayaran tol, Daim berkata, keputusan mengenainya hanya akan dimuktamadkan selepas CEP bertemu dengan semua pihak berkepentingan, dan tegas beliau, majlis berkenaan akan menghormati manifesto Pakatan Harapan (PH).

Kerajaan dijangka mengumumkan kadar baharu tol untuk lebuh raya, yang akan memberi kesan kepada pengendali tol kerana PH berjanji untuk menghapuskan kutipan tol yang akan memberi kesan kepada harga saham syarikat-syarikat berkenaan selain turut menjejaskan pemegang konsesi.

Sementara itu, mengulas mengenai polisi fiskal negara, beliau berkata, angka yang dilaporkan tidak boleh dimanipulasi begitu juga akaunnya (yang mencerminkan angka pertumbuhan).

“Mengenai keberkesanan polisi fiskal kita, kami perlu memanggil semula Kementerian Kewangan dan mendapatkan situasi semasa (berkenaan prestasi ekonomi negara)… sehingga itu saya tidak tahu,” kata Daim.

Mengenai soalan berkaitan defisit bajet, beliau berkata, majlis berkenaan akan mengumpul maklumat dan data sebelum membuat sebarang kesimpulan berkenaan prestasi ekonomi negeri.

Berkenaan potensi penurunan penarafan kredit Malaysia oleh agensi penarafan antarabangsa, beliau menyatakan bahawa, ia bukan satu kebimbangan.

“Itu hutang bon, secara kasarnya antara RM54 bilion kepada RM55 bilion, sebab itu saya kata mereka (pihak berkepentingan tol) akan melaporkan kepada saya berhubung tol berkenaan.

“Kumpuan Wang Simpanan Pekerja, Tabung Haji dan Permodalan Nasional Bhd. mempunyai tunai yang banyak,” katanya tetapi tidak memberi penjelasan lanjut.

Menurut angka Bond Price Agency Malaysia, sehingga 23 April, terdapat sejumlah RM55.3 bilion bon tertunggak daripada pelbagai pemegang konsesi tol di seluruh Malaysia. – BERNAMA

Tags: GSTSSTTun Daim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan kerajaan melaksanakan moratorium pembayaran faedah pinjaman bank sehingga akhir tahun...

Struktur SST Dikekalkan, Beri Impak Fiskal Lebih Pantas Kepada Kerajaan

Struktur SST Dikekalkan, Beri Impak Fiskal Lebih Pantas Kepada Kerajaan

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengekalkan struktur Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sedia ada, sambil melaksanakan penambahbaikan bagi memastikan sistem percukaian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd