• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GST Sifar Positif Bagi Pengilang, Pengusaha Kecil

oleh Ahmad Albab
31/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan baharu untuk menguatkuasakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar peratus mulai 1 Jun ini dilihat sebagai suatu yang positif terutamanya kepada pengilang Bumiputera.

Presiden Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia (PPIPBM), Datuk Nurammar Abu Bakar berkata langkah ini akan memberi kelegaan kepada pengilang secara keseluruhannya.

“PPIPBM konsisten berpendapat bahawa GST agak menekan pengusaha, terutamanya daripada kalangan yang berskala kecil dan sederhana yang mana ianya memberi tekanan kepada aliran tunai mereka.

“Walaupun pengusaha dibolehkan menuntut bayaran balik cukai input, ia mengambil masa yang lama sehingga enam bulan dan ada juga mencecah tempoh setahun atas faktor teknikal sedangkan pengusaha perlu membuat bayaran cukai dengan serta merta apabila invois cukai dikeluarkan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui semasa mesyuarat tahunan PPIPBM yang diadakan di sini, baru baru ini.

Mesyuarat tahunan tersebut dirasmikan oleh Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh, dan turut dihadiri penaung PPIPBM, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Menurut Nurammar lagi, dari segi penurunan kos daripada pihak pengilang, ia mungkin tidak dapat dilihat pada kadar serta merta disebabkan pembelian awal stok bahan mentah yang masih mempunyai elemen GST didalamnya.

Namun, katanya, beliau yakin dengan tempahan baharu yang diterima, kos akan berkurangan.

Sementara itu, Shahruddin berkata, selepas penguatkuasaan GST pada kadar sifar peratus, peniaga dan pengusaha akan diberikan tempoh bertenang selama tiga bulan sebelum Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dilaksanakan pada September depan.

Menurutnya, dalam tempoh tiga bulan itu, kerajaan akan memantau kesan pelaksanaan tersebut dan melihat sama ada harga barangan dapat diturunkan bagi tindakan seterusnya.

Beliau berkata kerajaan baharu akan terus komited dalam memperkukuhkan agenda Bumiputra dengan membuat penambahbaikan dasar yang ditinggal kerajaan sebelumnya. – BERNAMA

Tags: GSTkilang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

19/09/2024
0

PUCHONG: Pharmaniaga Bhd melabur sebanyak RM300 juta bagi membangunkan kilang pengeluaran insulin, biosimilar dan vaksin pertama buatan tempatan. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd