• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gajah Jantan Di R&R Titiwangsa Selamat Dipindahkan

oleh Ahmad Albab
14/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GERIK – Seekor gajah jantan yang sering merayau-rayau di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) telah dipindahkan ke Hutan Sungai Deka, Terengganu hari ini.

Ketua Polis Daerah Gerik, Supt. Ismail Che Isa berkata proses pemindahan gajah terbabit melibatkan 30 anggota daripada pelbagai agensi.

Katanya yang terlibat termasuk anggota dari Balai Polis Bersia, Gerik dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), kakitangan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

“Proses pemindahan bermula pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari ini dilaksanakan dengan selamat tanpa mendatangkan sebarang bahaya atau kecederaan kepada orang ramai dan haiwan itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada 7 Mei lalu gajah liar yang sering merayau di kawasan R&R Titiwangsa di JRTB itu berjaya ditangkap dan ditambat di tepi jalan selama beberapa hari sebelum dipindahkan ke habitat lain.

Keadaan gajah jantan yang ditambat pada pokok besar di laluan berkenaan menarik perhatian pengguna jalan raya sehingga tular di media sosial.

Ismail turut menjelaskan gajah itu dirantai dan ditambat bagi memastikan keselamatan orang awam memandangkan aliran trafik yang tinggi di JRTB sempena musim Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) baru-baru ini.

“Pegawai Veterinar yang bertugas sentiasa memeriksa tahap kesihatan dan bahagian kaki gajah yang dirantai bagi mengelakkan kecederaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: gajah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pakatan Tidak Amal Politik Balas Dendam – Fuziah

Next Post

Kenyataan Rafizi Tidak Mewakili PKR – Azmin

Related Posts

Ibu Gajah Kembali Ke Hutan, Bangkai Anak Telah Ditanam

Ibu Gajah Kembali Ke Hutan, Bangkai Anak Telah Ditanam

12/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gajah betina yang dilihat 'meratapi' kematian anaknya akibat dilanggar sebuah lori di Lebuh Raya Gerik-Jeli, semalam, sudah kembali...

Ibu Gajah Setia Tunggu Anak Jatuh Longkang

Ibu Gajah Setia Tunggu Anak Jatuh Longkang

04/07/2024
1

JELI - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menyelamatkan seekor anak gajah yang terjatuh ke dalam...

Next Post

Kenyataan Rafizi Tidak Mewakili PKR - Azmin

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd