• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fon Kepala Canggih Bersihkan Tahi Telinga!

oleh AK-47
24/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Sebuah syarikat berpangkalan di Seattle telah mencipta headphone istimewa yang boleh membersihkan tahi telinga dalam tempoh 35 saat.

Menurut portal Mail Online, fon kepala canggih yang dihasilkan oleh syarikat SafKan dengan kerjasama beberapa doktor itu dapat menggantikan putik kapas berbahaya dan lawatan mahal ke klinik pakar.

Peranti berkenaan boleh membersihkan kedua belah telinga secara serentak dengan menyuntik campuran hidrogen peroksida ke dalam telinga untuk melonggarkan tahi yang tersumbat sebelum menyedutnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Saf­Kan, Sihal Diwan berkata, tek­no­logi terbaharu itu menjadikan pembersihan telinga lebih mudah dan selamat selain menjimatkan masa serta wang pengguna melalui prosedur yang lazim.

“Masalah tahi telinga berlebihan dan keras menjejaskan be­ratus-ratus juta orang di seluruh dunia, tetapi inovasi penjagaan telinga terlalu kecil dalam tempoh hampir dua ratus tahun.

“Fon ‘OtoSet’ kami akan membantu doktor perubatan merawat lebih banyak pesakit, dan pada masa yang sama mengurangkan kos buruh serta rujukan yang tidak perlu kepada pakar,” katanya.

SafKan baru-baru ini memperoleh dana AS$1 juta (RM3.87 juta) untuk melancarkan penggunaan alat tersebut di Pusat Perubatan Universiti Washington, Pusat Perubatan Stanford, Cedars-Sinai dan Pusat Perubatan Saint John.

Harga alat berkenaan masih belum ditentukan dan Diwan berkata versi yang akan dijual te­rus kepada pengguna juga sedang dibangunkan.

Diwan berkata, pihaknya berharap versi pengguna itu akan mengurangkan penggunaan putik kapas yang boleh merengsakan kulit dan menyebabkan jangkitan bakteria pada gegendang telinga. – MYNEWSHUB.CC

Tags: gajetkebersihanTeknologi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perlis Perlu Buktikan Bantahan Undi Tak Percaya

Next Post

Angkasa Kendali Maya2U.com Asia Pasifik

Related Posts

Fungsi J-KOM Akan Diteliti Semula

MPK ‘Serbu’ Gerai Dalam Kedai Berkait Isu Kebersihan

03/01/2024
0

KLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) sentiasa melaksanakan penguatkuasaan berhubung garis panduan pelesenan gerai dalam kedai dari semasa ke semasa....

Tauke Kopi, Dua Pekerja Halang Anggota Penguat Kuasa Periksa Kebersihan Ditahan

Tauke Kopi, Dua Pekerja Halang Anggota Penguat Kuasa Periksa Kebersihan Ditahan

26/06/2023
0

KEMAMAN – Seorang pengusaha minuman kopi terkenal daerah ini bersama dua pekerja ditahan bagi membantu siasatan dakwaan menghalang anggota penguatkuasaan...

Next Post

Angkasa Kendali Maya2U.com Asia Pasifik

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd