• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fasa Pembaharuan Parti Kini Bermula – Shahrizat

oleh Haris
23/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Wanita UMNO menyambut baik keputusan Majlis Tertinggi (MT) yang membenarkan semua jawatan tertinggi dipertandingkan dan menganggapnya sebagai langkah permulaan pembaharuan parti.

Ketua Pergerakannya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, perkara itu adalah langkah pertama yang signifikan bagi merejuvenasikan UMNO sebagai parti yang menjadi sandaran kepercayaan rakyat.

Ujar Shahrizat, langkah tersebut penting bagi ‘meremajakan’ parti dan mendapatkan semula kepercayaan rakyat yang mengambil tindakan tidak memilih UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

“Wanita menerima dan mengambil iktibar di atas kekalahan Barisan Nasional (BN) pada PRU14 yang lalu. Suara rakyat mesti diambil secara serius oleh UMNO.

“UMNO mesti memulakan fasa pemulihan dalam parti untuk kembali berkhidmat kepada rakyat dan mendapat kepercayaan mereka.

“Sebab itulah keputusan untuk mempertandingkan semua jawatan dalam parti adalah sangat tepat,” katanya dalam satu kenyataan media.

Tambahnya, keputusan untuk mempertandingkan semua jawatan tertinggi dalam UMNO akan membolehkan parti tersebut mengamalkan demokrasi sihat di mana setiap ahli boleh memilih pemimpin yang dipercayai mampu membawa perubahan.

Ujarnya lagi, pembaharuan dalam UMNO sangat diperlukan dalam situasi sukar yang dihadapi parti itu pada waktu ini selepas kekalahan pada PRU14.

“Wanita UMNO bersetuju bahawa semua jawatan dalam UMNO mesti dibuka untuk dipertandingkan supaya ahli boleh memilih pemimpin yang mereka percaya dan mampu membawa pembaharuan dan perubahan yang diperlukan oleh parti di saat amat mencabar ini,” jelasnya.

Laporan mengenai jawatan tertinggi parti termasuk Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ketua sayap dipertandingkan pada pemilihan akan datang pada mulanya didedahkan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Perkara itu kemudiannya disahkan sendiri Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO di Menara Dato’ Onn di sini, semalam.

Jelas Ahmad Zahid yang merupakan bekas timbalan perdana menteri, semua jawatan yang ada mengikut perlembagaan dan peraturan UMNO adalah terbuka serta bebas untuk dipertandingkan.

Desakan mempertandingkan semua jawatan itu mula ditimbulkan beberapa pihak berikutan kekalahan BN yang ditunjangi UMNO tewas buat pertama kali dalam PRU14 sejak kemerdekaan negara. –MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: Tan Sri Shahrizat Abdul JalilWanita UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shahrizat Sah Bertanding Jawatan Ketua Wanita UMNO

Shahrizat Sah Bertanding Jawatan Ketua Wanita UMNO

17/02/2023
0

PETALING JAYA – Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan beliau akan bertanding jawatan...

Angkat Jawatan Ketua Wanita Setaraf Timbalan Presiden UMNO

05/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Wanita UMNO mahu jawatan ketua sayap pergerakan itu diiktiraf dan diangkat setaraf jawatan Timbalan Presiden UMNO. Ketuanya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd