• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Esscom Kekal Bagi Pastikan Keselamatan Sabah

oleh Ahmad Albab
23/05/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) akan dikekalkan selagi tahap keselamatan di negeri itu belum berada pada tahap terbaik, kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata perintah berkurung di kawasan itu masih diteruskan bagi memastikan tiada ancaman keselamatan serius daripada pihak luar di kawasan berkenaan.

“Kita akan teruskan pengawasan. Ini saya fikir masih perlu, selagi kita rasakan belum cukup selamat, selagi itu Esscom akan dikekalkan,” katanya pada sidang media pertamanya selepas memulakan tugas di Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini hari ini.

Ditanya mengenai ancaman Daesh dan kumpulan Abu Sayyaf, Muhyiddin berkata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun akan memberi taklimat kepadanya mengenai isu itu sebelum diteliti secara mendalam.

“Apa-apa yang mengancam keselamatan negara yang datang daripada pihak mana sekalipun akan kita ambil berat lebih-lebih lagi melibatkan soal penculikan, ancaman kepada nyawa dan rompakan,” katanya.

Mengenai isu masyarakat Rohingya yang diberi perhatian oleh kerajaan terdahulu, Muhyiddin berkata kerajaan akan berbincang dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) mengenai kedudukan mereka dan akan bertindak berdasarkan perbincangan tersebut.

“Walaupun kita tidak menjadi anggota UNHCR, atas asas kemanusiaan kita akan lihat apa yang boleh kita lakukan untuk tangani masalah itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: EsscomTan Sri Muhyiddin Yassin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Muhyiddin Sahkan Hadir Mesyuarat Putuskan Pengerusi PN Esok

Muhyiddin Sahkan Hadir Mesyuarat Putuskan Pengerusi PN Esok

21/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengesahkan akan menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) yang...

Chong Wei Terkandas Di Paris

PRK KKB: PN Umum Calon Pada 25 April – Muhyiddin

21/04/2024
0

KUALA KUBU BHARU: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calonnya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd