• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Emma Maembong Nafi Cuba ‘Tackle’ Syed Saddiq

oleh
16/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON Emma Maembong menepis dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan kononnya dia cuba mengambil kesempatan apabila memuat naik foto dirinya bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Instagram, baru-baru ini.

Memetik beberapa sumber, pemilik nama sebenar Fatimah Rohani Ismail itu menjelaskan bahawa perkongsian foto berkenaan hanya sekadar untuk mengucapkan tahniah di atas kejayaan pemuda itu dalam pilihanraya lepas.

Malah katanya, dia juga sudah tiga tahun mengenali pemuda berkenaan sebelum beliau bergiat aktif dalam bidang politik.

“Saya dikecam kononnya mahu mengambil kesempatan ke atas Syed Saddiq selepas memenangi kerusi Ahli Parlimen. Anda semua boleh tengok akaun Instagram saya di mana saya sebenarnya sudah lama berkawan dengan beliau.

“Kami mula berkawan apabila saya mengutus mesej kepada Syed Saddiq meminta beliau membuat kejutan pada majlis hari jadi pembantu peribadi saya yang menyukai ketokohannya berdebat.

“Syed Saddiq dengan rendah hati bersetuju melakukannya. Dari situlah kami mula berkawan,” katanya dipetik BH Online.

#throwBack sikit. Sejak kenal dia dlu @syedsaddiq org nya sgt sgt humble . Baik. Dtg event to support me. Look at you now. Im so proud of you. All the best saddiq .btw my p.a @jajazuber blk muar just to support you #emmamaembong #emaNizers #emavengers @emanizers

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on May 10, 2018 at 3:15am PDT

Tambah Emma lagi, Syed Saddiq turut menyokong kerjaya seninya malah sudi hadir ke majlis filem yang dibintanginya berjudul Kimchi Untuk Awak.

“Sebelum ini, apabila saya memuat naik foto bersama dirinya, tiada siapa kisah. Sekarang, apabila beliau sudah jadi Ahli Yang Berhormat, baru orang perasan,” ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Emma turut menafikan bahawa dirinya bercinta dengan pelakon kacak, Alvin Chong dan pada masa sama enggan mengulas lanjut mengenai kisah hubungannya dengan aktor, Kamal Adli.

Jelas pelakon berusia 26 tahun itu, dia hanya menganggap Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli sekadar kawan baik semata-mata.

“Saya tidak lagi memikirkan soal kahwin, sekarang sudah tiada apa yang mahu diperkatakan mengenai kisah peribadi saya. Saya masih lagi berkawan dengan Kamal dan keluar bersama.

“Kalau sampai masanya ada yang masuk meminang dan ajak saya berkahwin, saya akan berkahwin. Tapi sekarang saya tidak lagi berharap dan hanya berserah,” jelas Emma.

Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan diri, Emma memberitahu ibunya turut membantu perniagaan yang diusahakan bersama adik-beradik yang lain.

Bukan itu sahaja, malah Emma juga dikatakan bakal memasuki set penggambaran drama terbitan Astro Oasis berjudul Cinta Kelas Satu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Emma MaembongSyed Saddiq
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

GST Tidak Mansuh, Tetapi Ditetap 0 Peratus

Next Post

‘Captain America’ Meriahkan Sambutan Hari Guru

Related Posts

Syed Saddiq Tak Terima Keuntungan Secara Salah, ARMADA Tak Rugi – Mahkamah Rayuan

Syed Saddiq Tak Terima Keuntungan Secara Salah, ARMADA Tak Rugi – Mahkamah Rayuan

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan yang melepas dan membebaskan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendapati pendakwaan gagal membuktikan Ahli Parlimen Muar itu...

‘Saya Tak Kecewa Atau Suka Syed Saddiq Bebas… Akan Rayu Di Mahkamah Persekutuan’ – Azam Baki

‘Saya Tak Kecewa Atau Suka Syed Saddiq Bebas… Akan Rayu Di Mahkamah Persekutuan’ – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq...

Next Post

'Captain America' Meriahkan Sambutan Hari Guru

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd