• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Produksi Minta Elizad Ganti Uqasha Di Saat Akhir

oleh Haris
07/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS pelakon jelita, Uqasha Senrose ditahan kerana memiliki enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Erimin 5, pelakon, Siti Elizad terpaksa jadi ‘bidan terjun’ pada rakaman Bocey & Friends Raya, malam tadi.

Rakaman berlangsung di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Hulu Kelang, Selangor itu menyaksikan Elizad dipanggil saat akhir selepas pihak produksi memaklumkan Uqasha tidak dapat memberikan komitmen.

Jelas Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, secara kebetulan pada masa tersebut jadualnya ketika itu tidak padat sekali gus menyebabkan dia bersetuju menerima tawaran pihak produksi.

“Ketika dalam perjalanan pulang dari mengambil barang di Finas, saya dihubungi wakil produksi dan menawarkan saya untuk terbabit dalam program ini.

“Memandangkan ia pada saat akhir, saya bertanya kena ganti siapa. Jadi, mereka maklumkan perlu menggantikan Uqasha atas perkara yang tidak dapat dielakkan.

“Kebetulan memang tidak ada kerja lain, jadi saya okey saja. Dalam masa sama, mereka minta tolong,” katanya dipetik portal myMetro Online.

Bagaimanapun, Elizad berkata dia tidak dimaklumkan sebab sebenar ketiadaan Uqasha pada rakaman program yang dikemudi kumpulan lawak terkenal, Bocey.

Ujar pelakon drama Syurga Yang Kedua itu, dia hanya mengetahui kes yang melibatkan Uqasha itu selepas membaca laporan berita mengenainya menerusi media sosial.

“Saya bukan jenis nak ambil tahu apa masalah orang. Namun, sewaktu menunggu rakaman berlangsung saya terbaca laporan berita mengenai Uqasha di laman Twitter.

“Dari situ baru saya tahu alasan utama dia tidak dapat hadir. Selepas itu, baru pihak produksi maklumkan perkara sebenar,” katanya.

Sebagai seorang rakan yang mengenali Uqasha secara peribadi, Elizad akui terkejut dengan isu penahanan aktres berusia 26 tahun itu yang melibatkan dadah.

Namun begitu, Elizad berkata dia tidak mempunyai hak untuk memberikan komen mengenai perkara memandangkan ianya merupakan masalah peribadi Uqasha.

Tambahnya, dia hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk rakan seangkatannya dalam industri hiburan itu.

“Walaupun saya mengenali Uqasha, tapi saya tidak ada hak untuk mengulas atau beri komen. Apa yang berlaku adalah masalah peribadi. Saya doa yang terbaik saja,” jelasnya. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: Siti Elizaduqasha senrose
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kamal, Uqasha Sah Bercerai Talak Satu

Kamal, Uqasha Sah Bercerai Talak Satu

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada...

Kamal Adli, Uqasha Senrose Rasmi Bergelar Suami Isteri 5 November Lalu

07/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Selepas sebulan menyimpan rahsia, akhirnya, pasangan pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose mengumumkan mereka sudah bergelar suami isteri....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd