• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ekonomi Positif Susulan Peralihan Kuasa Lancar

oleh Ahmad Albab
13/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kekal optimis dengan ekonomi Malaysia dalam jangka masa panjang susulan penubuhan kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Dalam kenyataan, dana persaraan itu menjangka sebarang kemungkinan kejatuhan pasaran jangka pendek akan menyediakan peluang pelaburan yang lebih untuk pasaran domestik.

“Kami telah lama melabur di negara ini dan percaya asas ekonomi negara akan kekal kukuh.

“Ketidaktentuan jangka pendek adalah sesuatu yang dijangka memandangkan negara, buat kali pertama, mengalami peralihan kuasa.

“Namun proses peralihan kuasa yang lancar setakat ini berupaya meyakinkan pelabur akan kematangan demokrasi dan ekonomi Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan.

Sharil berkata, saranan kerajaan baharu agar institusi tempatan terus meningkatkan penambahbaikan tadbir urus korporat, seiring dengan tahap kawal selia yang lebih tinggi oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, akan memberi kesan yang baik kepada persekitaran perniagaan tempatan.

Beliau mengesahkan KWSP akan terus melabur berdasarkan prinsip pelaburan sedia ada dan parameter risiko yang ditetapkan.

Katanya, dana itu sentiasa menumpukan kepada memberi pulangan kepada ahlinya sebanyak dua peratus melebihi kadar inflasi dan strategi pelaburan yang sentiasa fokus kepada aset dan syarikat yang boleh menepati objektif ini.

“Kami berasa sukacita kerana manifesto kerajaan baharu ini secara tidak langsung menyokong visi KWSP untuk memberikan masa depan yang lebih baik kepada 13.7 juta ahli kami.

“Kami mengalu-alukan fokus kerajaan untuk terus memperbaiki rangka kerja gaji minimum dan menggalakkan simpanan secara sukarela terutamanya untuk golongan suri rumah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ekonomi MalaysiaKWSP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

Ahli Parlimen Minta PM Benarkan Dividen KWSP Masuk Akaun 3

Ahli Parlimen Minta PM Benarkan Dividen KWSP Masuk Akaun 3

28/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim sekali lagi menggesa dividen Kumpulan Wang Simpanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd