• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr. Mahathir Lepaskan Portfolio Pendidikan

oleh Ahmad Albab
20/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata beliau terpaksa melepaskan portfolio Pendidikan dalam Kabinet kerajaan baharu kerana beliau perlu mematuhi manifesto Pakatan Harapan (PH) yang melarang perdana menteri memegang portfolio lain.

Manifesto PH bagi PIlihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu menyebut: “Perdana Menteri tidak akan secara serentak memegang jawatan menteri lain, terutama Menteri Kewangan.”

“Itulah pendirian dalam manifesto dan saya tidak boleh memungkirinya,” katanya dalam sesi wawancara dalam klip video yang dimuatkan dalam Facebook Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Dr. Mahathir berkata beliau tidak boleh menyerahkan portfolio Pendidikan kepada Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, yang telah dinamakan sebagai Timbalan Perdana Menteri, kerana beliau (Dr. Wan Azizah) turut menerajui Kementerian Wanita dan Pembangunan Keluarga.

“Tiada halangan untuk timbalan perdana menteri memegang lebih daripada satu portfolio (berdasarkan manifesto). Hanya perdana menteri sahaja,” katanya, sambil menjelaskan bahawa memang ada permintaan untuk beliau memegang jawatan Menteri Pendidikan.

Dr. Mahathir berkata di bawah kerajaan sebelum ini, perdana menteri dan timbalannya bersilih ganti memegang Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.

“Tetapi kini berbeza, (portfolio) Pertahanan dipegang Mohamad Sabu (Presiden Amanah) dan Kementerian Dalam Negeri oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden Bersatu). Mereka ini bukan perdana menteri atau timbalan perdana menteri,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd