• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Mahu ‘Setiap Orang Dilayan Dengan Baik’

oleh Ahmad Albab
17/05/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau mahu ‘setiap orang dilayan dengan baik’ berikutan persoalan yang timbul berhubung serbuan lewat malam di kediaman rasmi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Polis ada prosedur operasi standard mereka sendiri, saya tidak tahu mereka perlu melakukan serbuan di malam hari. Tetapi arahan saya sangat jelas, Saya tidak mahu menyeksa sesiapa atau perkara seperti itu. Saya mahu setiap orang dilayan dengan baik,” katanya.

Bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini hari ini, Dr Mahathir ditanya tentang alasan polis melakukan serbuan di rumah Najib pada malam hari.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mengesahkan pihaknya menggeledah kediaman bekas perdana menteri itu di Taman Duta di sini malam tadi.

Tinjauan Bernama mendapati 16 kenderaan polis dan sebuah trak memasuki kediaman Najib pada pukul 10.15 malam bagi menjalankan siasatan dan susulan itu, kawasan sekitar kediamannya dikerumuni pengamal media tempatan dan asing selain orang ramai untuk mengetahui perkembangan terkini.

Polis dilihat turut menggeledah kediaman Najib di sebuah apartmen mewah di Jalan Raja Chulan di sini.

Mengenai serbuan itu juga, perdana menteri menjelaskan polis mungkin mempunyai alasan untuk melakukan tindakan itu tetapi beliau tidak dimaklumkan alasan tersebut.

Ditanya sama ada isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor turut disiasat susulan laporan bahawa polis merampas banyak beg tangan dalam serbuan itu, Dr Mahathir berkata pihak berkuasa melakukan siasatan tanpa mengira sesiapa.

“Kalau ada kes kita ambil tindakan. Terpulang kepada mereka yang melakukan siasatan, siasatan ini melibatkan beberapa agensi kerajaan atau kementerian, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, polis, Jabatan Audit Negara dan badan lain yang mempunyai maklumat,” katanya.

Najib dan Rosmah telah disenaraihitam oleh Jabatan Imigresen daripada meninggalkan negara ini.

Selasa lepas, Dr Mahathir berkata beliau menjangka pertuduhan akan dikenakan terhadap Najib susulan penyiasatan terhadap dakwaan bahawa bekas perdana menteri itu menyeleweng beratus juta dolar Amerika daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pakatan Harapan yang dipengerusikan Dr Mahathir menumbangkan kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib pada pilihan raya umum 9 Mei lalu. – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd