• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dokumen Peribadi Tercicir Selepas Rogol

oleh AK-47
18/05/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DOKUMEN peribadi suspek samun dan rogol yang tercicir ketika melakukan jenayah itu di Kenyalang Park, Kuching, Rabu lalu membawa kepada penahanan seorang lelaki, semalam.

Lelaki berusia 32 tahun itu ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di rumah tidak bernombor di Jalan Manggris, di sini, 12.10 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ng Ah Lek berkata, suspek dipercayai merogol gadis berusia 17 tahun selepas memecah masuk bilik mangsa 1.30 petang, Rabu lalu.

Beliau berkata, suspek bersama seorang lagi rakannya menendang pintu bilik sewa berkenaan yang dijadikan asrama pekerja.

“Mangsa yang sedang berehat terkejut dengan kehadiran suspek yang juga warga tempatan itu sebelum seorang daripada lelaki terbabit merampas wang tunai dan telefon bimbit.

“Suspek yang ditahan polis pula menghampiri mangsa sebelum merogolnya,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, ketika kejadian seorang rakan mangsa tiba di bilik berkenaan sebelum berlaku pergelutan dengan suspek yang cuba untuk melarikan diri.

Katanya, dalam pergelutan itu, dokumen peribadi seorang daripada suspek tercicir sebelum mereka melarikan diri.

“Berdasarkan maklumat berkenaan, polis berjaya menjejaki suspek dalam tempoh 12 jam selepas kejadian.

“Mangsa sudah dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk pemeriksaan lanjut dan suspek direman selama tujuh hari bagi siasatan lanjut manakala seorang lagi suspek giat diburu polis,” katanya. – Metro Online

** Sekadar Video Hiasan

Tags: Asramakes rogol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

12/10/2025
0

MELAKA: Semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan guru di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah, di sini akan diberikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd