• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Digantung Tugas Gara-Gara Puji Rakan Lelaki Kacak

oleh
23/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEGAS… Kementerian Penerangan Kuwait bertindak menggantung tugas seorang penyampai stesen TV selepas wanita itu memuji paras rupa rakan sekerja lelakinya ketika program siaran langsung.

Memetik laporan portal Arab News, rakaman video yang menjadi tular menerusi YouTube menunjukkan Basma al-Shammar memanggil rakannya sebagai mayzoon yang diterjemahkan bermaksud kacak dalam dialek tempatan.

Ketika siaran tersebut, wartawan lelaki terbabit iaitu Nawaf al-Shiraki sedang membetulkan ghutra yang dipakainya sebelum membuat lintas langsung liputan proses pengundian wakil untuk pilihan raya sebuah majlis perbandaran.

Pada masa itu, Basma pula yang mahu memberi isyarat bahawa mereka akan bersiaran langsung menerusi saluran Kuwait TV 1HD sempat usik dengan berkata: “Tak perlu betulkan ghutra kamu. Kamu sudah kelihatan kacak!”

Tindakan spontan wanita itu yang dapat ditonton melalui program Biladi bermaksud Negaraku, dianggap sebagai cubaan ‘bermain cinta’, namun beberapa pengguna Twitter tempatan menganggap ia bukan satu kesalahan besar.

Beberapa pihak menyifatkan ayat usikan penyampai popular Kuwait itu sebagai aksi menggoda lelaki yang bukan muhrim, lapor ArabNews, tetapi beberapa lagi netizen menulis aksi tersebut tidak melanggar budaya tempatan.

Seorang anggota Parlimen Kuwait ada menulis aduan kepada menteri penerangan menerusi akaun sosial Twitter bahawa perkara seperti itu tidak boleh dibiarkan sahaja dan tidak boleh diterima di stesen milik kerajaan tersebut.

Sumber dalaman saluran TV awam berkenaan dipetik berkata bahawa penyampai berita itu sudah digantung tugas dan siasatan rapi ke atas insiden tersebut sedang dijalankan oleh pihak pengurusan stesen penyiaran terbabit.

Basma merupakan graduan sarjana kesusasteraan Inggeris di Universiti Kuwait serta pernah menjadi Ketua Jabatan Bahasa Inggeris di Lembaga Pendidikan dan Latihan Awam negara Arab Islam itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Kuwait
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bandar Di Kuwait Catat Suhu Paling Panas Di Bumi

08/06/2022
0

BANDAR RAYA KUWAIT -Sebuah bandar di Kuwait, Al Jahra merekodkan suhu paling panas di muka Bumi tahun ini dengan catatan...

Pasar Raya Kuwait Boikot Produk Dari India

07/06/2022
0

BANDAR RAYA KUWAIT – Sebuah pasar raya di Kuwait mengeluarkan semua produk keluaran India dari raknya sebagai tindak balas terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd