• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dicekup JAIS Kerana Tidak Puasa Dan Berkhalwat

oleh Ahmad Albab
25/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sehingga kini menangkap tujuh individu kerana kesalahan makan dan minum di tempat awam pada bulan Ramadan dan tujuh individu lagi kerana disyaki berkhalwat.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS, Mahdi Al-Hilmy Arshad berkata operasi tangkapan dilakukan bermula hari pertama puasa sehingga Rabu (23 Mei).

“Tangkapan untuk yang tidak berpuasa dilakukan di restoran, pusat snooker dan gerai makan di sekitar Meru, Klang dan Shah Alam sementara tangkapan khalwat dilakukan di hotel dan rumah tumpangan di sekitar Lembah Klang.

“Semua tangkapan dibuat hasil aduan orang ramai dan kita sedang menyiapkan kertas siasatan untuk proses pendakwaan terhadap kesemua individu terbabit yang berusia lingkungan 27 ke 30-an,” katanya ketika ditemui pemberita di sini malam tadi.

Menurut Mahdi, tangkapan terhadap individu yang tidak berpuasa dibuat mengikut Seksyen 19 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM1,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Tangkapan bagi kesalahan khalwat, katanya dibuat mengikut Seksyen 29 enakmen sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

“Kita minta orang ramai jika melihat sebarang kesalahan syariah untuk segera buat aduan dengan menghubungi hotline penguatkuasa JAIS di talian 1-800-88-2424,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAIS, Wan Najmiah Mohd Ali berkata sehingga kini, 46 hotel di Selangor mempunyai pensijilan Halal bagi mempromosi bufet Ramadan masing-masing.

Beliau berkata keperluan untuk memiliki sijil halal itu adalah mengikut Perintah 4 (1) Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) Akta Perihal Dagangan 2011 bagi memastikan premis berkenaan tidak sewenang-wenangnya menggunakan ungkapan seperti ‘Bufet Ramadan’ untuk mengelirukan umat Islam.

“Setakat ini ada kira-kira 30 hotel yang kita dah pergi untuk pemantauan. Sehingga kini , tiada tindakan untuk yang tidak memohon pensijilan halal, kita hanya nasihat. Memang tidak boleh guna perkataan ‘Bufet Ramadan’, ‘Makanan Berbuka Puasa’ ‘Iftar Ramadan’ atau ‘Makanan Bersahur’ sekiranya tiada sijil halal dan kalau nak guna kena ada sijil halal.

“Orang ramai juga dinasihatkan carilah hotel yang ada logo halal yang sudah pasti makanan yang disediakan terjamin daripada segi kebersihanan serta halal, berbeza dengan hotel yang tiada sijil halal kita tidak tahu apa ingredient yang digunakan,” katanya dan menambah bahawa senarai hotel yang mempunyai sijil halal boleh didapati di laman web JAIS, www.jais.gov.my. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: JAISkhalwatpuasa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Orang Dakwa Dalam Proses Cerai, Dicekup Berkhalwat Bersama Janda

Suami Orang Dakwa Dalam Proses Cerai, Dicekup Berkhalwat Bersama Janda

20/12/2025
0

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki berstatus suami orang dan seorang wanita berstatus janda dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri...

Lelaki Dalam Proses Cerai Ditangkap Khalwat Dengan Anak Dara

Lelaki Dalam Proses Cerai Ditangkap Khalwat Dengan Anak Dara

21/11/2025
0

Johor Bahru: Seorang lelaki yang mendakwa dalam proses bercerai ditangkap berkhalwat dengan anak dara oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd