• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DBKL Mulakan Operasi Keselamatan Makanan

oleh Ahmad Albab
17/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini memulakan Operasi Keselamatan Makanan 2018 di semua bazar Ramadan di sekitar ibu negara bagi memastikan semua produk makanan yang dijual menepati piawaian terutamanya dalam aspek kebersihan.

Datuk Bandar DBKL, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata operasi penguatkuasaan sanitasi gerai dan pengambilan sampel makanan dilihat sebagai satu langkah berkesan dalam memberi peringatan kepada penjaja agar lebih peka sekali gus meletakkan aspek kebersihan di tahap yang tertinggi.

“Pada tahun 2017, sebanyak 3,643 gerai bazar Ramadan diperiksa yang meliputi 109 tapak. Daripada 674 sampel makanan yang diambil, sebanyak 244 sampel atau 36.2 peratus didapati tercemar.

Sebanyak 86 notis kompaun dikeluarkan kepada penjaja terlibat dan telah disenaraihitamkan oleh Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Penjaja,” katanya pada Majlis Pelancaran Operasi Keselamatan Makanan Bazar Ramadan 2018, di Tapak Arca, Taman Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah Eksekutif (Pengurusan) DBKL, Datuk Mustafa Mohd Nor.

Beliau berkata antara standard kebersihan yang ditetapkan oleh Unit Keselamatan Makanan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL ialah peniaga perlu mendapatkan suntikan antitifoid, memakai apron, sarung tangan dan topi semasa menjual makanan serta menyediakan penyepit untuk mengambil makanan.

“Matlamat akhir adalah untuk memastikan semua makanan yang dijual selamat dan bersih untuk dimakan serta tidak dicemari kuman,” katanya. – BERNAMA

Tags: bazar ramadanDBKL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DBKL Sita Peralatan ‘Mobilegrapher’ Di Pintasan Saloma, KLCC

DBKL Sita Peralatan ‘Mobilegrapher’ Di Pintasan Saloma, KLCC

22/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita 23 peralatan jurugambar haram 'mobilegrapher' serta ambil tindakan terhadap penjaja air tanpa...

Pegawai Kanan Dalam ‘Top 5’ DBKL, 2 Kontraktor Ditahan Kes Rasuah Projek IT

Pegawai Kanan Dalam ‘Top 5’ DBKL, 2 Kontraktor Ditahan Kes Rasuah Projek IT

25/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pengurusan tertinggi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang tadi. BH difahamkan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd