• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Datuk Seri Vida Nafi Kahwin Senyap-Senyap

oleh Haris
07/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BARU-BARU ini, timbul khabar angin mengatakan usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida sudah berkahwin dengan seorang jejaka yang tidak dikenal pasti identitinya.

Bagaimanapun, desas-desus mengenai perkara itu itu pantas dinafikan Vida sendiri yang kini bersendirian selepas bercerai pada bulan April tahun lalu.

Jelas Vida, dia sendiri bingung dan tidak mengetahui dari mana khabar angin itu timbul dan dalam masa sama mengakui masih lagi hidup secara solo.

Malah, Vida berkata, masalah dari segi perniagaan yang membelenggu dirinya kebelakangan ini juga menyebabkan dia tidak mempunyai masa untuk bercinta.

“Saya tengah jiwa kacau (terganggu) dengan pelbagai masalah baik daripada perniagaan dan peribadi. Semuanya menimpa saya dari setiap penjuru.

“Saya tak kahwin seperti yang diperkatakan dan saya sendiri pun tak pasti, bagaimana berita itu boleh tersebar,” katanya dipetik myMetro Online.

Ketika ditanya sama ada terdapat jejaka di luar sana yang ingin mengenali dan merapatkan diri dengannya, Vida berkata dia sendiri risau sekiranya lelaki yang mahu mendekatinya mempunyai agenda tersendiri.

Justeru menurutnya, dia lebih berhati-hati kerana tidak mahu bersama degan seorang lelaki yang tidak jujur dan mahukan wangnya semata-mata.

“Saya takut juga sebab orang zaman sekarang, kita tak boleh duga. Risau juga kalau mereka nak dekat dengan saya semata-mata kerana duit,” ujarnya.

Tambah Vida, lelaki yang mahu mendekati dan memperisterikannya perlu terlebih dahulu berdepan dengan anak perempuannya, Cik B yang seboleh-bolehnya tidak mahu lihat ibunya bersama mana-mana lelaki buat masa ini.

“Buat masa ini, Cik B tak bagi mana-mana lelaki dekat dengan saya dan dia kata dengan saya “don’t you dare”.

“Kalau Cik B kata okay, saya akan setuju. Yang pasti, Cik B perlu beri keizinan untuk lelaki itu mendekati saya,” jelasnya.

Dalam masa sama, Vida berkata dia tidak mahu terburu-buru mencari pengganti secepat mungkin walaupun sedar kini sunyi bersendirian apabila tidak mempunyai suami sebagai peneman.

“Di usia sebegini, saya tidaklah mahu terlalu terhegeh-hegeh. Nanti, orang akan bercakap macam-macam,” katanya.

Dalam pada itu, Vida yang pernah muncul dengan single I Am Me mendedahkan akan muncul dengan single terbaharunya sempena Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Lagu tersebut merupakan hasil ciptaan komposer dan penyanyi kumpulan Ruffedge, Cat Farish dan akan menjadi single kedua untuk Vida selepas I Am Me mencetus fenomena tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: Datuk Seri Vida
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Trio Sabotaj Parti Tidak Wakili Veteran UMNO

Next Post

Sultan Johor Rasmi Pecah Tanah Kolam Selam GGK

Related Posts

Vida Tawar Gaji RM10,000 Untuk Lelaki ‘Kacak’

04/12/2021
0

PETALING JAYA – Selepas tidak meneruskan hubungan atau dengan kata lain ‘gagal’ dalam percintaan dengan bekas pembantu peribadinya sebelum ini,...

‘Tolonglah’ Cerita Kisah Kehidupan Silam Cik B

02/12/2020
0

IPOH - Pengalaman didera pembantu rumah semasa kecil dan konflik keluarga akibat perceraian ibu bapa yang dialami Cik B kini...

Next Post

Sultan Johor Rasmi Pecah Tanah Kolam Selam GGK

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd