• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Terbukti ‘Dalang’ Penyebar Fitnah PRU14

oleh
05/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – DAP terbukti dalang utama yang bertanggungjawab menyebarkan berita palsu (fake news) dan propaganda jahat berbentuk fitnah terhadap Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ahli seumur Hidup DAP, Amran Ahmad mendedahkan partinya sengaja memburuk-burukkan kerajaan termasuk memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta keluarganya menerusi beberapa video dan risalah dengan matlamat untuk meracuni pemikiran rakyat.

“Tujuan saya membuat sidang akhbar pada hari ini untuk membuat satu pendedahan tentang salah laku fitnah yang terancang serta propaganda jahat yang digunakan DAP atas nama Pakatan Harapan (Harapan),” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Ujarnya lagi, hasrat untuk membuat pendedahan mula timbul selepas beliau menyedari peranannya dalam parti itu mulai terpesong daripada landasan sebenar perjuangannya.

“Saya telah menjalankan banyak kempen menerusi Biro Publisiti DAP dan turun berceramah beberapa tempat sejak minggu lalu dalam ceramah umum gabungan pembangkang PKR untuk PRU14.

“Namun, dalam dua hari lepas saya sedar apa yang saya buat ini tidak betul. Saya bekas wartawan, saya diajar mengangkat dan sebar kebenaran tetapi menyertai pasukan DAP ini telah terpesong niat sebenar saya dengan membuat propaganda jahat seperti ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Amran menuding Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dan pembantunya Yeo Bee Yin sebagai orang yang bertanggungjawab terutama untuk mengarang kandungan media manakala Setiausaha Agung Parti itu iaitu Lim Guan Eng sebagai  pemberi arahan kepada pasukan publisiti.

“Saya telah diberi peranan untuk membantu cybertrooper DAP yang digelar ‘Red Bean Army’ untuk membuat, menyampaikan serta menyebarkan propaganda DAP dengan tujuan untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada,” tulis Amran dalam laporan polis.

Beliau turut menegaskan tidak mahu lagi bersekongkol dengan kejahatan DAP dalam menyebarkan apa yang dianggapnya sebagai maklumat palsu semata-mata untuk memikat hati pengundi.

Justeru itu, beliau mengesahkan satu laporan polis juga telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini bagi membolehkan tindakan diambil terhadap dakwaan tersebut.

Malah, beliau juga telah menyerahkan segala bukti berkaitan puluhan rakaman video dan risalah jahat yang disebarkan DAP untuk tujuan siasatan lanjut.

“Saya minta polis siasat menyeluruh dan segera menghentikan penyebaran propaganda jahat serta fitnah ini dalam masa beberapa hari lagi sebelum PRU14 dan tangkap segera kepala di sebalik tindakan ini,” katanya.

Pada masa sama, beliau menegaskan bahawa dirinya tidak dipengaruhi oleh sesiapa malah Amran mengakui tidak gentar berhadapan dengan tindakan yang akan dikenakan oleh kepemimpinan DAP atas pendedahan yang dibuat.

Dalam pada itu, Mynewshub difahamkan oleh satu sumber berasingan, segala aktiviti berkaitan penghasilan propaganda dan fitnah banyak berlaku di Ibu Pejabat DAP di Cheras.

“Mesyuarat melibatkan pemimpin DAP mengenai apa yang perlu dibuat dan peribadi siapa perlu diserang semuanya akan dibincangkan secara berkumpulan,” katanya.

Menurut sumber berkenaan, aktiviti penyebaran bahan-bahan berbentuk fake news dan fitnah sudah dimulakan jauh lebih awal daripada bermulanya musim PRU.

“Bahan-bahan yang anda dapat dekat WhatsApp itu semua datangnya pada DAP la,” kata sumber itu.

Amran ialah anak kepada Ahmad Nor yang juga merupakan bekas naib pengerusi DAP dan mantan ahli parlimen Bayan Baru.

Sebelum bekerja dengan DAP, beliau merupakan seorang wartawan di Utusan Malaysia dan pernah berkhidmat sebagai pengerusi Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) cawangan akhbar harian tersebut.

Selain itu, Amran juga pernah bekerja untuk Lim Guan Eng pada 2010 dan kemudian beliau menyertai Malaysiakini selama hampir setahun sebelum berhenti pada tahun lalu dengan alasan mahu menceburi bidang politik. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Amran Ahmad NorDAPPRU-14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

06/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Selepas aktivis Tamim Dahri Abdul Razak membuat permohonan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zamri...

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

24/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari bersikap sinis terhadap kenyataan seorang Ahli Parlimen DAP di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd