• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Congo, WHO Hantar Pakar, Vaksin Tangani Ebola

oleh Ahmad Albab
14/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KINSHASA – Republik Demokratik Congo dan agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mula menghantar pasukan pakar kecemasan semalam untuk cuba menghalang penyebaran epidemik Ebola, disyaki menjangkiti lebih 30 orang setakat ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memperoleh 4,000 dos vaksin eksperimen Ebola dan bersiap sedia untuk penghantaran di Congo, kata Pengarah untuk rantau Afrika, Matshidiso Moeti kepada Reuters menerusi telefon semalam.

Hanya dua kes disahkan di makmal setakat ini.

Kes disyaki terbaharu dilaporkan Jumaat lalu di wilayah barat laut Equateur, yang dilawati Menteri Kesihatan, Oly Ilunga Kalenga kelmarin bersama pegawai daripada WHO dan Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF).

Presiden Joseph Kabila juga bertemu Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus di sini, semalam.

Moeti berkata, 362 hubungan dikesan terhadap mangsa yang jatuh sakit, penanda penting untuk penghantaran vaksin.

Beliau menambah, dua daripada hubungan itu pergi ke ibu kota wilayah di Mbandaka, kebimbangan terbesar oleh kerana Ebola boleh merebak di sana.

“Kami bimbang kerana ia adalah bandar dengan sejuta penduduk,” katanya.

Wabak pertama dilaporkan Congo berpusat di perkampungan Ikoko Impenge, berhampiran bandar Bikoro Selasa lalu, dengan 32 kes disyaki, mungkin atau disahkan, termasuk 18 kematian sejak 4 April lalu. Beberapa kematian berlaku seawal Januari tidak dikaitkan dengan epidemik itu.

“Ada bukti, dua atau tiga bulan terdahulu, beberapa kes demam berdarah dan kematian berlaku. Kami sedang mengenal pasti permulaan epidemik,” kata Moeti. – Reuters/BH ONLINE

Tags: CongoEbolawho
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

AS Tolak Pindaan Peraturan Kesihatan WHO

AS Tolak Pindaan Peraturan Kesihatan WHO

19/07/2025
0

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat mengumumkan penolakan terhadap pindaan peraturan kesihatan antarabangsa yang diterima pakai oleh Pertubuhan Kesihatan...

Lebih 7.2 Juta Orang Terutama Kanak-kanak Berisiko Lemas Menjelang 2050 – WHO

Lebih 7.2 Juta Orang Terutama Kanak-kanak Berisiko Lemas Menjelang 2050 – WHO

14/12/2024
0

LONDON - Kadar kematian lemas global menurun 38 peratus sejak 2000, namun lebih 7.2 juta orang kebanyakannya kanak-kanak, masih berisiko...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd