• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Colek Juadah Wajib Selepas Tarawih Di Kelantan

oleh Ahmad Albab
25/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANAH MERAH – Bagi kebanyakan rakyat Kelantan, bulan Ramadan pastinya tidak lengkap jika tidak merasa keenakan ‘colek’ yang biasanya menjadi aktiviti wajib khususnya selepas balik menunaikan solat sunat tarawih.

Aturan aneka ‘colek’, sama ada campuran buah-buahan, ayam, sotong, perut lembu, paru dan cucur yang dicelup tepung serta digoreng garing dan dimakan dengan kuah pencicah pedas atau manis menjadi daya penarik di kebanyakan kedai makan.

Malah aktiviti ‘makan colek’ itu turut menjadi pengerat silaturrahim antara rakan sebaya kerana sering berkongsi wang atau bergilir-gilir membelanja kawan-kawan.

Peniaga colek, Norayu Abdul Rashid, 35, dari Kampung Padang Siam di sini, berkata kedai makannya sentiasa meriah dan menjadi tumpuan penduduk sekitar kawasan itu sepanjang Ramadan sejak beliau mula menjual juadah tersebut kira-kira 10 tahun lepas.

“Antara colek yang mendapat sambutan ialah colek ayam selain beberapa lagi juadah colek buah, perut, popia dan lain-lain.

“Colek ayam ialah ayam panggang yang dicampur dengan peparu, perut lembu, sotong, cekodok dan sosej yang dimakan dengan kuah pencicah perasa pedas dan manis,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, malam tadi.

Norayu berkata colek ayam berharga RM6 sepinggan itu sentiasa menjadi pilihan selepas jemaah pulang daripada menunaikan solat sunat tarawih di masjid berdekatan.

Katanya beliau akan mula berniaga pada 6 petang dan akan menutupnya pada 1 pagi setiap hari sepanjang Ramadan.

Seorang pelanggan, Wan Salmi Wan Zaman, 28, berkata beliau selalu mengunjungi kedai tersebut bersama rakan-rakannya selepas solat tarawih sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

“Selalunya saya dan beberapa rakan lain akan berkongsi satu atau dua pinggan colek bersama-sama. Hari ini saya yang belanja dan malam lain, rakan lain pula yang belanja,” katanya.

Seorang lagi pelanggan, Khirul Azhar Husien, 28, berkata walaupun telah berbuka puasa dengan pelbagai juadah, namun aktiviti memakan colek selepas solat sunat tarawih bersama rakan atau keluarga seakan menjadi kewajipan.

“Bagi yang berkeluarga mereka menikmati juadah itu bersama anggota keluarga, kanak-kanak dan golongan remaja bersama rakan-rakannya. Ia seakan menjadi aktiviti bagi erat hubungan silaturrahim sesama mereka,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kelantanramadansolat terawihtarawih
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

18/12/2025
0

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sudah menerima laporan kes rogol `suka sama suka' membabitkan remaja perempuan...

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

01/12/2025
0

TANAH MERAH – Isteri maut ditikam dua kali di bahagian belakang badannya oleh suami menggunakan sebilah pisau di dapur rumah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd