• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

12 Tan Coklat Beku Limpah Lebuh Raya

oleh Ahmad Albab
13/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WARSAW – Sebuah trak membawa 12 tan cecair coklat dilaporkan terbalik di lebuh raya di Poland, menyebabkan lalu lintas terhalang dan menyukarkan kerja pembersihan jalan.

Kejadian berlaku awal pagi kelmarin di lebuh raya A2 yang menghubungkan Poznan dan Warsaw apabila trak terbabit terbalik menyebabkan cecair coklat tumpah sehingga meliputi semua enam laluan di lebuh raya berkenaan.

Lapor USA Today memetik kenyataan Associated Press dan New York Times, badan penyiar swasta TVN24 menunjukkan imej trak itu terbalik dengan cecair coklat meliputi enam laluan lebuh raya berkenaan.

Ia sekali gus menghalang lalu lintas di kedua-dua arah. Pasukan penyelamat memberitahu, cecair coklat itu menjadi keras dan memerlukan sejumlah besar air panas untuk membersihkan lebuh raya berkenaan.

“Coklat yang mengeras itu lebih teruk daripada salji,” kata pegawai kanan bomba, Bogdan Kowalski.

TVN24 melaporkan, pemandu trak berkenaan patah tangan dan dibawa ke hospital.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian memandangkan kemalangan berlaku awal pagi dan punca trak terbabit terbabas terbalik juga tidak diketahui. – Agensi/myMetro Online

Tags: coklatpoland
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Poland Kecewa Dengan Jerman

25/05/2022
0

DAVOS, SWITZERLAND – Jerman telah gagal untuk membekalkan stok kereta kebal tempur kepada Poland yang telah kehabisan bekalan itu selepas...

Presiden AS Bakal Berkunjung Ke Poland Bagi Bincang Konflik Rusia-Ukraine

21/03/2022
0

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden akan mengunjungi Poland pada Jumaat ini bagi mengadakan pertemuan dengan Presiden Andrzej Duda...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd