• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon Termuda BN Melaka Mahu Di Hati Rakyat

oleh Ahmad Albab
02/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Calon termuda Barisan Nasional (BN) Melaka iaitu Choo Wei Sern, 30, yang bakal bertanding di Parlimen Kota Melaka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini melaksana pendekatan bertemu dengan rakyat secara kerap bagi ‘melekatkan’ dirinya di hati rakyat di kawasan itu.

Choo, seorang peguam yang dibesarkan di Kota Melaka, berkata pendekatan ini penting kerana berdasarkan pengalaman dan maklum balas rakyat di kawasan itu, wakil rakyat DAP sukar ditemui apatah lagi membela nasib mereka di kawasan Parlimen yang menjadi kubu kuat parti itu.

“Kawasan ini memang nampak kubu kuat DAP sebab sejak tahun 1969 hingga hari ini BN hanya pernah menang sekali. Kali ini bukan tiada peluang untuk menang tetapi rakyat yang saya temui telah beritahu saya bahawa penggal-penggal lepas wakil rakyat kurang berkhidmat.

“Ramai (wakil rakyat) tidak turun padang, malah ramai (rakyat) tak kenal siapa wakil rakyat. Jadi ini pendekatan saya untuk jumpa sebanyak mana rakyat dan boleh mendalami hati serta masalah mereka supaya saya boleh masuk dan melekat di hati,” katanya kepada Bernama.

Pada PRU14, Choo bakal menghadapi saingan tiga penjuru dengan dua seteru politik di negeri ini iaitu Setiausaha DAP Melaka Khoo Poay Tiong dan calon Bebas Goh Leong San.

Goh dan penyandang kerusi Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him merupakan antara empat wakil rakyat DAP yang keluar parti pada Februari tahun lepas akibat hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti, dan dilaporkan media Khoo dan Goh sering tidak sependapat dalam DAP Melaka.

Berdasarkan daftar pemilih diwartakan 10 April tahun ini Parlimen Kota Melaka mempunyai 126,848 pengundi. Pada PRU13, daripada seramai 79,464 pengundi di kawasan itu, 59.08 peratus pengundi kaum Cina, Melayu (35.72 peratus), India (1.64 peratus) dan selebihnya pengundi kaum lain.

Pada PRU11 tahun 2004 calon BN, Wong Nai Chee mengalahkan bekas Setiausaha Agung DAP ketika itu, Kerk Kim Hock dengan majoriti 219 undi di Parlimen Kota Melaka, atau Parlimen Bandar Melaka sebelum dipinda pada PRU5 tahun 1978, satu-satunya kemenangan BN di kawasan itu.

Choo, yang juga Pengerusi Biro Profesional Muda dan Pelajar Pemuda MCA, berkata seorang wakil rakyat yang dipilih sepatutnya mempunyai pelan sekurang-kurangnya lima hingga 10 tahun untuk membantu dan membangunkan rakyat di sesebuah kawasan.

“Adakah mereka (DAP) punyai sebarang pelan untuk bangunkan kawasan dan rakyat? Politik sekarang perlu berubah, suasana sudah berubah dan rakyat mahukan calon yang punyai pelan (membantu rakyat dan membangun kawasan) untuk lima hingga 10 tahun, ini lebih penting.

“Tak guna kita jadi wakil rakyat tetapi rakyat tak boleh cari kita, apa maksudnya jadi wakil rakyat kalau macam ini. Saya bukan hari pertama jumpa rakyat setempat, sudah lama saya kenal mereka, sejak kecil saya membesar di tempat ini,” katanya.

Ditanya tentang sokongan pengundi Cina kepada DAP serta pengaruh Khoo dan Goh sebagai ahli politik berpengalaman, beliau berkata apa yang penting sekarang adalah parti atau calon itu mampu membantu rakyat.

“Saya rasa pengundi bukan kata yakin kepada MCA atau DAP tetapi lebih tertumpu kepada calon yang boleh bekerja dan berkhidmat, kerana saya rasa dah lama pengundi Kota Melaka rasa terabai. Saya harap boleh isi kekosongan itu supaya pengundi kita dijaga,” katanya. – BERNAMA

Tags: BN MelakaPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

Rauf Dilaporkan Bertanding Di Kawasan Terkuat BN

05/11/2021
0

Pengerusi Umno Melaka Ab Rauf Yusoh dijangka membuat penampilan sulung sebagai calon pilihan raya pada bulan ini. Menurut laporan Utusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd