• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bursa Malaysia Kembali Dibuka Tinggi

oleh Ahmad Albab
01/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia kembali dibuka tinggi berikutan kemunculan semula sentimen optimis dan minat belian terhadap saham wajaran tinggi terpilih selepas mengalami kerugian ketara sebelum ini, kata peniaga.

Pada 9.16 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 24.03 mata kepada 1,743.31 berbanding paras 1,719.28 sewaktu ditutup pada Rabu.

Malah sewaktu dibuka, penanda aras itu mencatat 12.37 mata lebih tinggi kepada 1,731.65.

Di pasaran lebih meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 323 berbanding 125 manakala 1,004 kaunter tidak berubah, 482 tidak didagangkan dan 54 lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 859.67 juta unit bernilai RM332.39 juta.

Sementara itu, Public Investment Bank Bhd. menerusi satu nota penyelidikannya hari ini berkata, pasaran berupaya menampan sebahagian kerugian yang dialami semalam susulan harapan menyaksikan Itali mengelak pilihan raya baharu terus mendorong pemulihan pasaran saham dan bon negara itu selepas mengalami kerugian ketara pada sesi dagangan sebelum ini.

Selain itu, firma penyelidikan itu berkata di New York, S&P 500 menokok 1.3 peratus – kenaikan tertingginya dalam tempoh sehari sejak 4 Mei lepas dan mengekang penyusutan yang dicatatkan pada Selasa.

Di peringkat tempatan, saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank untung 19 sen kepada RM9.76, Public Bank naik 28 sen kepada RM24.26, TNB menokok 60 sen kepada RM14.74, Petronas Chemicals meningkat 12 sen kepada RM8.11 manakala CIMB menambah sembilan sen kepada RM5 .99.

Bagi saham aktif, Sapura Energy menokok dua sen kepada 60.5 sen, MyEG untung satu sen kepada 77.5 sen, Hibiscus Petroleum meningkat tiga sen kepada 90.5 sen manakala Anzo dan P.A Resources masing-masing kekal pada lima sen dan enam sen.

Indeks FBM Emas pula menambah 161.76 mata kepada 12,160.18, Indeks FBMT 100 meningkat 164.25 mata kepada 11,975.94 sementara Indeks FBM Emas Shariah naik 158.19 mata kepada 12,184.33.

FBM 70 pula meningkat 194.6 mata kepada 14,388.76 manakala FBM Ace naik 50.19 mata kepada 5,024.64.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan melonjak 241.18 mata kepada 17,430.01, Indeks Perladangan menambah 42.46 mata kepada 7,798.16 dan Indeks Perindustrian meningkat 16.34 mata kepada 3,069.23. – BERNAMA

Tags: bursa malaysiaEkonomi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tinjauan Ekonomi Malaysia Untuk 2025 Dan Jangkaan Masa Depan

Tinjauan Ekonomi Malaysia Untuk 2025 Dan Jangkaan Masa Depan

27/03/2025
0

Meta Deskripsi: Terokai tinjauan ekonomi Malaysia untuk 2025. Ketahui pemacu utama pertumbuhan, risiko yang berpotensi, dan perubahan dasar yang boleh...

Selangor, KL, Johor Penyumbang Terbesar Ekonomi Malaysia

Selangor, KL, Johor Penyumbang Terbesar Ekonomi Malaysia

02/07/2024
0

PUTRAJAYA: Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Sarawak dan Pulau Pinang kekal sebagai penyumbang utama ekonomi Malaysia dengan sumbangan sebanyak 67.7 peratus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd