• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Britain Rampas 50 Buaya Hidup Dari Malaysia

oleh AK-47
06/05/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Pihak berkuasa Britain merampas kargo berisi 50 ekor buaya yang masih hidup di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, kata Pasukan Sempadan United Kingdom hari ini.

Buaya air masin berusia setahun itu ditemui disumbat di dalam lima buah kotak yang dibawa dari Malaysia, lapor agensi berita AFP.

Haiwan berkenaan dipercayai akan dihantar ke sebuah ladang di Cambridgeshire, timur England untuk dibiakkan, khusus bagi menghasilkan daging.

Kesemua buaya itu bagaimanapun tidak disimpan mengikut peraturan antarabangsa, menyebabkan ia dianggap sebagai menyalahi undang-undang.

Ketua Pasukan Konvensyen Perdagangan Hidupan Terancam Antarabangsa Sempadan (CITES), Grant Miller berkata, setiap kotak seharusnya hanya mengandungi empat ekor buaya.

“Kotak yang dirampas itu mengandungi 10 ekor buaya setiap satu dan perbuatan membawa masuk haiwan berkenaan dalam cara ini tidak boleh diterima.

“Kesemua haiwan terbabit sudah mula bergaduh sesama sendiri kerana ruang yang sempit sepanjang penerbangan,” katanya ketika ditemui di Heathrow.

Kargo berisi buaya itu ditemui pada 27 April lalu dan sepanjang tempoh itu, seekor daripadanya telah mati manakala sembilan yang lain diberikan penjagaan rapi sebelum dipindahkan ke habitat lebih sesuai. – AFP

Tags: Buayarampas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rafidah Cuba Cetus Tsunami Ubah Kerajaan

Next Post

Isu Memali: Mengapa Pemimpin PAN Membisu?

Related Posts

PGA Rampas RM4.57 Juta Makanan Sejuk Beku, 16 Individu Ditahan

PGA Rampas RM4.57 Juta Makanan Sejuk Beku, 16 Individu Ditahan

09/03/2025
1

Kota Kinabalu: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah merampas pelbagai jenis makanan sejuk beku tanpa dokumen sah dan menahan 16...

Kastam Sabah Rampas Minuman Keras, Rokok Bernilai RM1.3 Juta

Kastam Sabah Rampas Minuman Keras, Rokok Bernilai RM1.3 Juta

04/02/2025
0

Kota Kinabalu : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menumpaskan aktiviti penyeludupan minuman keras dan rokok bernilai RM1.3 Juta dalam...

Next Post

Isu Memali: Mengapa Pemimpin PAN Membisu?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd