• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BNM Jangka Ekonomi Kekal Kukuh Selepas Pilihan Raya

oleh Ahmad Albab
12/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) menjangka prospek ekonomi Malaysia kekal kukuh berdasarkan sistem kewangannya yang berdaya tahan dan teguh walaupun dalam tempoh selepas Pilihan Raya Umum Ke-14.

Gabenor BNM Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata ringgit akan mencerminkan asas ekonomi Malaysia yang kukuh dalam jangka masa sederhana dan panjang.

“Kekuatan kita boleh dilihat daripada lebihan akaun semasa, kedudukan rizab yang kukuh, paras hutang luar negeri yang rendah dan penampan modal yang kukuh dalam sistem perbankan. Kami menjangka keadaan kukuh ini akan berterusan.

“Sebagaimana kita dapat lihat, sistem kewangan kita berdaya tahan dan teguh. Dalam beberapa keadaan pada dekad yang lalu, kita dapat menguruskan pasaran yang tidak menentu disebabkan langkah-langkah berterusan yang diambil sejak beberapa tahun untuk membangunkan pasaran kewangan kita,” katanya pada Majlis Graduasi Asian Institute of Chartered Bankers (AICB) 2018 di sini hari ini.

Muhammad berkata pasaran kini seimbang dan kukuh untuk menyediakan sokongan struktur bagi keadaan pasaran yang teratur, sambil menambah bagi melangkah ke hadapan, BNM akan terus memastikan keadaan yang teratur dalam pasaran kewangan dalam negara.

Beliau berkata Malaysia tidak asing dengan ketidaktentuan jangka pendek, berikutan ekonomi negara yang terbuka amat bersepadu dengan pasaran global.

Bagaimanapun, beliau menasihati peserta industri untuk tidak memberi reaksi yang berlebihan, terutamanya apabila ia disebabkan oleh faktor-faktor yang bersifat sementara.

“Pengaruh negatif tetapi berkurangan daripada pasaran hadapan yang tidak diserahkan tidak akan mengurangkan pergerakan ringgit dalam jangka masa panjang,” katanya.

Pada 10 Mei, Jawatankuasa Dasar Monetari BNM mengumumkan ia akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.25 peratus dan mengekalkan unjuran yang kukuh terhadap ekonomi Malaysia. – BERNAMA

Tags: Bank Negara Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BNM Keluarkan Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun RELA Ke-50

BNM Keluarkan Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun RELA Ke-50

23/12/2022
1

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang...

Rizab Antarabangsa BNM AS$109.2 Bilion

Rizab Antarabangsa BNM AS$109.2 Bilion

05/08/2022
0

PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$109.2 bilion pada 29 Julai 2022, meningkat berbanding AS$107 bilion yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd