• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bella Dally Kini Lebih Tenang, Sibuk Tumpu Pada Bisnes

oleh
23/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEGAGALAN perkahwinannya baru-baru ini telah mengubah pelakon, Bella Dally menjadi seorang yang sentiasa kuat dan reda dengan ketentuan Allah buat dirinya.

Malah kata Bella, dia juga tidak menjadikan ‘episod duka’ yang berlaku di antara dirinya dan Nazim Othman sebagai penghalang atau sebab untuk dia tidak menghargai kehidupannya yang akan dilaluinya selepas ini.

“Allah dah takdirkan benda ini berlaku dan dalam masa yang sama dia juga memberi kekuatan kepada saya.

“Bagi saya ini adalah yang terbaik buat kami berdua. Soal apa yang berlaku sehingga menyebabkan kami ambil keputusan ini bukanlah sesuatu yang manis untuk saya kongsi,” kata Bella dipetik sebuah portal online.

Menurut Bella lagi, dia kini sibuk menumpukan tumpuan kepada diri dan perniagaan baharu di samping menghargai kehidupan dan menikmati hari mendatang yang lebih gembira.

“Fokus adalah diri saya sendiri, untuk menjadi lebih gembira dan positif. Dalam usaha untuk mendapat kehidupan yang lebih baik saya juga kini sedang sibuk mempromosikan produk makanan Crumbs by Bella sepanjang bulan puasa ini,” tambah Bella lagi.

Baca: Nazim Othman, Bella Dally Bercerai

Berkongsi mengenai perniagaannya, Bella berkata biskut yang dijual dengan harga RM35 sepeket itu adalah hasil resipinya.

Ujarnya lagi, dia juga akan berada di Gala Raya pada 25 sehingga 27 Mei dan Setia Raya Fest pada 1 hingga 3 Jun depan untuk turun padang mempromosikan produknya itu. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Bella Dallynazim othman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Siti Hasmah Minta Orang Ramai Tidak Hantar Hadiah

Next Post

Demi Kebaikan Kelantan, MB Mahu Jumpa PM

Related Posts

Bella Dally Mohon Maaf

21/10/2020
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Bella Dally mengakui dia dan seorang rakan melakukan aktiviti berbasikal di sekitar daerah Gombak, Selangor berhampiran...

Bella Dally Umum Bertunang Selepas 8 Bulan Bercerai

16/01/2019
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Bella Dally, 28, mengumumkan dia kini sah bergelar tunangan orang selepas lapan bulan bergelar janda menerusi...

Next Post

Demi Kebaikan Kelantan, MB Mahu Jumpa PM

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd