• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Batal Projek HSR Tidak Jejas Ekonomi N.Sembilan

oleh Ahmad Albab
29/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Singapura tidak akan menjejaskan ekonomi di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perusahaan dan Keusahawanan Pendidikan dan Modal Insan negeri, Dr. Mohamad Rafie Ab Malek berkata ini adalah kerana terdapat banyak kaedah lain yang boleh memacu ekonomi negeri tambahan pula kedudukan negeri ini yang strategik.

“Ada banyak kaedah lain untuk kami tingkatkan ekonomi di Negeri Sembilan ini, dari segi ekonomi kami melihat banyak faktor dan negeri ini ada banyak tempat strategik, tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, pelabuhan Klang dan ada sistem jalan raya yang baik.

“Faktor-faktor ini boleh dimanfaatkan untuk sektor pelancongan, sektor pertanian dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Mengimarahkan Ramadan di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam menegaskan kerajaan muktamad akan membatalkan projek HSR yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Singapura dan Malaysia akan berdepan pembayaran pampasan daripada pembatalan itu.

Mengulas lanjut, Mohamad Rafie berkata projek mega HSR ini dilihat hanya memberi kesan besar kepada kontraktor dan bukannya kepada rakyat.

“Adakah projek mega itu merakyat kepada ekonomi. Ia mungkin beri kesan kepada kontraktor besar tapi adakah ia akan memberi kesan besar kepada orang biasa. Masalah kita sekarang ialah masalah rakyat, rakyat pilih kita kerana mereka mahu masalah mereka diatasi.

“…dan selalunya kalau buat projek mega, dari awal harus dilihat adakah projek itu boleh memberi pulangan dan boleh dimanfaatkan serta berapa lama pulangan pelaburannya. Oleh kerana kosnya mahal dan tiketnya mahal, kita harus melihat secara keseluruhan dan kita tidak mahu projek besar seperti ini nanti akan membebankan rakyat…buat projek mega tetapi akhirnya akan merugikan negara dan merugikan rakyat.”

Dalam perkembangan lain, Mohamad Rafie menyeru agar peniaga di Medan Selera Ampangan memberi kerjasama untuk memajukan semula medan selera berkenaan berikutan ia kurang mendapat sambutan.

“Kalau kita lihat sekarang ini banyak yang kosong ataupun mereka ada tetapi tidak berniaga. Sepatutnya tidak begitu, kita mahu kerjasama semua pihak termasuk peniaga-peniaga antaranya yang saya minta sebagai contoh kalau waktu operasi itu bermula pukul 7 pagi hingga 12 malam, semua peniaga kena sepakat buka kedai waktu itu.

“Mungkin pada peringkat awal orang ramai tidak tahu lagi jadi orang tidak datang, tetapi lama-kelamaan akhirnya orang akan datang bila ada makanan, produk yang mereka mahu di sini,” katanya.

Mengenai permasalahan lain antaranya tempat letak kereta, tempat duduk, kadar sewa, beliau berkata ia akan dikaji semula bersama Majlis Perbandaran Seremban. – BERNAMA

Tags: HSR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Tangguh Projek Mega Termasuk HSR

Kerajaan Tangguh Projek Mega Termasuk HSR

07/01/2025
0

PUTRAJAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata komitmen kerajaan membabitkan projek mega terpaksa ditangguhkan pada masa ini kerana perlu menyelesaikan...

Johor Mahu HSR, LRT – Onn Hafiz

Johor Mahu HSR, LRT – Onn Hafiz

23/11/2023
0

ISKANDAR PUTERI: Johor mahu pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Malaysia dan Singapura disegerakan bagi memastikan ekonomi negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd