• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banduan Redah Arus Deras Hanya Berseluar Dalam

oleh Ahmad Albab
04/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG banduan yang lama diburu polis selepas melarikan diri dari penjara bulan lepas didedah berenang menyeberang arus deras untuk sampai ke pulau utama Honshu hanya memakai seluar dalam.

“Saya berenang pakai pakaian dalam,” kata Tatsuma Hirao, 27, memetik sumber penyiasatan Jepun.

“Semasa berenang, saya ikat beg plastik yang mengandungi pakaian saya di leher dan badan,” dia dipetik sebagai berkata.

Hirao diletakkan di bawah jagaan polis berhampiran Stesen JR Hiroshima, Hiroshima pada 30 April, 23 hari selepas melarikan diri dari penjara di Imabari, wilayah Ehime, Pulau Shikoku.

Hirao, yang telah disabitkan bersalah mencuri, melarikan diri ke pulau Mukaishima di wilayah Hiroshima, tempat di mana dia bersembunyi, pada malam 24 April.

Mukaishima adalah sebahagian daripada Onomichi dan lokasi paling dekat dari pulau itu ke daerah pusat Onomichi di pulau utama Honshu yang jaraknya hanya 200 meter.

“Arusnya deras dan sejuk,” Hirao dipetik sebagai berkata tentang arus laut.

“Saya berenang dengan penuh ‘kegilaan’.”

Hirao sedang menjalani hukuman di limbungan kapal Oi, Penjara Matsuyama, ketika dia melarikan diri pada 8 April.

Kemudahan itu tidak memiliki dinding luar seperti penjara biasa dan mempunyai kawalan keselamatan longgar. Tempoh hukuman penjaranya akan berakhir pada Januari 2020.

Selepas penangkapannya di Hiroshima, Hirao berkata: “Saya akhirnya boleh tidur lena untuk kali pertama dalam masa yang lama,” menurut sumber.

Hirao dilaporkan melarikan diri kerana mendakwa tidak tahan dibuli oleh pengawal di penjara.

Menteri Keadilan Yoko Kamikawa melawat Onomichi pada 1 Mei untuk meminta maaf kepada Datuk Bandar Yuko Hiratani atas kesulitan dan carian besar-besaran untuk kes itu.

“Saya ingin meminta maaf kerana menyebabkan masalah dan kebimbangan dalam kalangan penduduk pulau Mukaishima yang menjalani kehidupan yang aman,” katanya.

Pencarian di sekitar pulau Mukaishima melibatkan 15,500 petugas dari Hiroshima dan wilayah Ehime, lapor Mainichi. Pulau berbukit itu mempunyai sekitar 22,000 penduduk dan lebih 1,000 rumah kosong.

Di pulau itu Hirao terus bergerak dari satu rumah kosong ke rumah seterusnya.

Di sebuah rumah percutian tempat di mana dia bersembunyi di utara pulau itu, dia makan makanan yang ada dan menonton berita TV mengenai dirinya, kata sumber itu.

Selepas Hirao sampai ke bahagian utama pulau dengan berenang, dia bersembunyi di sebuah rumah selama beberapa hari dan mencuri basikal di Onomichi dan menuju ke arah barat ke Hiroshima dengan kereta api. -Asahi Shimbun/mStar Online

Tags: banduanjepun
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Doktor AS Berjaya Keluarkan Tumor Ovari 60kg

Next Post

Undi Dua Kali Tidak Mungkin Berlaku – SPR

Related Posts

Guru Sambilan Warga Malaysia ‘Kantoi’ Curi Kad Kredit, Puluhan Ribu Wang Tunai Di Jepun

Guru Sambilan Warga Malaysia ‘Kantoi’ Curi Kad Kredit, Puluhan Ribu Wang Tunai Di Jepun

18/02/2025
0

OSAKA: Seorang cikgu sambilan dari Malaysia ditahan kerana mencuri kad kredit dan wang tunai berjumlah puluhan ribu yen ketika berlangsung...

Banduan Warga Iran Ditahan Miliki Dadah Dalam Penjara Tapah

Banduan Warga Iran Ditahan Miliki Dadah Dalam Penjara Tapah

15/08/2024
0

Ipoh : Seorang banduan warga Iran yang sedang menjalani hukuman di Penjara Tapah didapati memiliki dadah jenis heroin, tengah hari...

Next Post

Undi Dua Kali Tidak Mungkin Berlaku - SPR

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd