• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azwan Ali Teringin Jadi Senator Pula

oleh Ahmad Albab
03/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selebriti kontroversi yang juga calon Bebas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa, Azwan Ali, kini memasang angan-angan untuk menjadi senator.

Bagi pengacara berusia 55 tahun itu, Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin, pelakon yang juga ahli politik pertama di Malaysia itu adalah idolanya.

“Saya teringin nak jadi seperti arwah Tan Sri Datuk Jins Samsudin, menjadi senator. Kalau tengok dia satu-satunya artis yang terpilih menjadi senator, saya tidak tahu proses dia macam mana tapi saya ada impian untuk sampai ke tahap itu,” katanya.

Jins Shamsuddin dilantik sebagai ahli Dewan Negara pada 13 Oktober 2004 dan menjadi senator selama dua penggal sehingga 11 Februari 2011.

Mengenai peluangnya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), pemilik Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Malaya itu berkata beliau tidaklah terlalu memikirkan soal kemenangannya tetapi yakin segala-galanya akan ditentukan Allah nanti.

“Ini semua kerja Allah.. apatah lagi orang kecoh kalau saya hilang wang pertaruhan, why not? (kenapa tidak?). Saya tidak menggunakan duit ibu ayah saya, it is my own money, (itu duit saya sendiri),” kata adik kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu.

Azwan akan bertanding menentang abangnya, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR dan tiga calon lain dalam pertandingan lima penjuru kerusi DUN Bukit Antarabangsa.

Tiga calon lain itu ialah Ketua Wanita UMNO Ampang, Salwa Yunus (Barisan Nasional-UMNO); Ketua Penerangan PAS Ampang, Syarifah Hazlizah Syed Ariffin (PAS) dan Ahmad Kamarudin daripada Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Pada PRU13, Mohamed Azmin memenangi kerusi DUN Bukit Antarabangsa dengan 16,502 undi untuk menewaskan calon BN, Mohamad Nazim Ibrahim yang memperoleh 12,458 undi. – BERNAMA

Tags: Azwan Ali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azwan Ali Umum ‘Bersara’, Tak Bertanding PRN Sebab Kecewa

Azwan Ali Umum ‘Bersara’, Tak Bertanding PRN Sebab Kecewa

29/07/2023
0

PETALING JAYA : Sering muncul dalam beberapa siri pilihan raya atas tiket bebas, selebriti kontroversi, Azwan Ali mengumumkan sudah ‘bersara’...

PRU-15 : Azwan Ali Bertanding Di Parlimen Gombak

PRU-15 : Azwan Ali Bertanding Di Parlimen Gombak

04/11/2022
0

Kuala Lumpur : Pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA mengesahkan bertanding atas tiket calon Bebas kerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd