• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anugerah Kasut Emas: Terkini Messi Dahului Salah

oleh Ahmad Albab
02/05/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMENANGAN pasukan Barcelona menerusi jaringan hatrik Lionel Messi di Deportivo pada Ahad lalu menyaksikan bintang sensasi itu mendahului Mohamed Salah dalam persaingan anugerah Kasut Emas Eropah.

Hatrik ke-41 Messi membantu Barcelona mengesahkan kejuaraan La Liga dengan baki empat lagi permainan, meledak 550 gol untuk Barcelona menerusi 634 kemunculan.

Ia memberi 64 mata kepada pemain kelahiran Argentina itu, berbanding Salah yang lari daripada sasaran apabila tujuh percubaannya dalam perlawanan di Stoke pada Sabtu lalu berakhir dengan keputusan seri 0-0.

Messi yang memenangi kasut emas berkenaan pada musim lepas dengan catatan 37 jaringan bersamaan 74 mata, kini berada dalam kedudukan teratas untuk satu lagi gelaran individu dan mempunyai baki empat permainan berbanding Salah, dua perlawanan berbaki.

Di kedudukan ketiga ialah pemain Lazio, Ciro Immobile, hanya dua gol di belakang Salah dan tiga di belakang Messi.

Robert Lewandowski dari Bayern Munich berada di tangga keempat dengan catatan 28 gol (56 mata), Edinson Cavani dan Inter dari Mauro Icardi dengan 27 gol (54 mata) dan penyerang Tottenham, Harry Kane pula berada di tangga ketujuh dengan 26 gol (52 mata).

Jika Messi kekal mendahului Salah, dia bakal menjadi pemain pertama yang memenangi kasut emas di European Golden Shoe sebanyak lima kali (2009/2010, 2011,2012, 2012/2013 dan 2016/2017.

Adakah Salah berupaya mendahului Messi menerusi beberapa baki perlawanan terakhir?

Jika dia berjaya, pemain berusia 25 tahun itu akan menjadi pemain pertama Liga Perdana yang dinobatkan sebagai pemain terbaik Eropah sejak penyerang Liverpool, Luis Suarez, berkongsi anugerah itu dengan Christiano Ronaldo empat tahun yang lalu.

Ronaldo merupakan pemain terakhir dari Liga Inggeris yang memenangi kasut emas itu selepas menjaringkan 31 gol untuk membantu Manchester United memenangi kejuraaan Liga Perdana pada 2007/2008. – SkySports/mStar Online

Tags: Anugerah Kasut EmasLionel Messi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemunculan Singkat Messi Di Kolkata Cetus Kekecewaan 80,000 Peminat, Sebabkan Rusuhan

Kemunculan Singkat Messi Di Kolkata Cetus Kekecewaan 80,000 Peminat, Sebabkan Rusuhan

13/12/2025
0

Kemunculan Singkat Messi Di Kolkata Cetus Kekecewaan 80,000 Peminat Oleh Mynewshub  KOLKATA, INDIA – Kemunculan legenda bola sepak dunia, Lionel...

Tawar RM4.42 Juta Untuk Jubah Messi

Tawar RM4.42 Juta Untuk Jubah Messi

24/12/2022
0

SEORANG ahli Parlimen Oman menawarkan Lionel Messi AS$1 juta (RM4.42 juta) untuk jubah dipakainya selepas Argentina muncul juara Piala Dunia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd