• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Angkasa Kendali Maya2U.com Asia Pasifik

oleh Ahmad Albab
24/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JASIN – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) terpilih sebagai pengendali portal Maya2U.com peringkat Asia Pasifik pada majlis pelancaran yang akan diadakan pada November depan di Tehran, Iran.

Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata pemilihan sebagai pengendali portal tersebut susulan kata sepakat yang dicapai pada mesyuarat Perikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) Asia Pasifik yang berlangsung di Kathmandu, Nepal bulan lepas.

“Dengan pemilihan ini, mereka berpeluang mengendalikan kaedah pemasaran secara dalam talian kepada lebih 600 juta anggota koperasi melibatkan 25 negara rantau Asia Pasifik termasuk Indonesia, China, Jepun, India dan Korea Selatan.

“Kami juga menyeru agar koperasi seluruh negara memanfaatkan peluang ini kerana ia mampu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan sekali gus meningkatkan pendapatan koperasi negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program gotong-royong memasak bubur lambuk di Madrasah Ar-Rabbanniyah, Merlimau di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Perhubungan Angkasa Melaka, Muslim Md Shah dan Pengetua Madrasah Ar-Rabbanniyah, Fuad Ebnu Ali Mohd Ali.

Portal Maya2u.com merupakan kaedah pemasaran secara dalam talian, diwujudkan Angkasa sejak April tahun lepas bagi memantapkan lagi aktiviti pemasaran produk di pasaran tempatan dan antarabangsa dalam kalangan usahawan koperasi di negara ini.

Sementara itu, Abdul Fattah mencadangkan agar semua sekolah pondok dan maahad tahfiz di seluruh negara menubuhkan koperasi bagi memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar.

Sambil memberikan contoh, beliau berkata kebanyakan pesantren di Indonesia diuruskan oleh koperasi untuk kepentingan pelajar dan institusi pendidikan agama tersebut.

“Kita mahu melahirkan generasi huffaz yang bukan sahaja mahir dalam bidang agama bahkan dalam bidang keusahawanan yang merupakan ‘lubuk’ untuk menjadi jutawan yang berjaya.

“Oleh itu, saya berharap agar lebih banyak pusat tahfiz menubuhkan koperasi bagi mengatur sendiri sistem kewangan tanpa melalui orang tengah dalam usaha memperkasa taraf ekonomi pusat pendidikan berkenaan,” katanya.

Sebagai rekod, terdapat sejumlah 2,388 koperasi sekolah menengah di seluruh negara sehingga Disember tahun lepas, manakala hanya kira-kira 20 pusat tahfiz atau sekolah agama yang dikesan memiliki koperasi sendiri. – BERNAMA

Tags: Angkasa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Virgin Galactic Bawa Pelancong Pertama Ke Angkasa

Virgin Galactic Bawa Pelancong Pertama Ke Angkasa

12/08/2023
0

WASHINGTON: Firma Virgin Galactic berjaya menghantar penumpang pertama ke angkasa, sekali gus menamatkan penantian misi selama hampir dua dekad. (Ada...

Satelit Pertama Buatan Malaysia Dilancar Ke Angkasa

Satelit Pertama Buatan Malaysia Dilancar Ke Angkasa

28/06/2023
0

KUALA LUMPUR : ANGKASA-X berjaya melancarkan satelit A-SEANSAT-PG1 (PG1) buatan tempatan yang pertama, seterusnya memacu pembangunan ekosistem teknologi angkasa lepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd